Pindang gunung mmerupakan makanan tempatan bagi masyarakat Kabupaten Pangandaran, di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Pindang gunung sering dijumpai di wilayah-wilayah Kecamatan Parigi, Kecamatan Cijulang dan Kecamatan Cimerak.[1] Pindang ini hampir sama dengan sup ikan, tapi dibuat dengan menggunakan bumbu khas Sunda yang kaya dengan rempah. Bahan utama makanan ini terdiri dari pelbagai ikan laut, seperti kakap, ikan Bawal atau ikan Tongkol. Makanan dengan berkuah berwarna kuning ini memiliki rasa yang sedap, masam dan segar. Rasa segar yang dihasilkan berasal dari buah kedondong muda atau bunga kantan.[2]

Pindang gunung
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauJawa Barat
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bumbu dan pembuatan sunting

Bumbu utama yang digunakan untuk memasak pindang gunung adalah lengkuas, halia, kunyit, serai, daun salam dan honje (bunga kantan dengan rasa yang masam). Bumbu lain yang dipakai untuk memperkuat rasa seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, tomato, garam dan daun bawang. Semua bumbu utama dan tambahan ditumbuk sampai halus, kecuali serai dan tomato. Setelah itu, bumbu halus ditumis hingga mengeluarkan aroma harum dan kering. Bumbu yang ditumis tadi mesti terus dikacau agar tidak hangus. Masukan serai yang sebelumnya telah diketuk dan tomato yang telah dihiris kepada empat bahagian. Jika bumbu sudah harum dan kering, segera memasukkan air secukupnya. Setelah airnya mendidih boleh dimasukan ikan laut.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pindang Gunung Ciamis | diCiamis.com". www.diciamis.com. Dicapai pada 2020-07-26.
  2. ^ Media, Kompas Cyber. "Resep Pindang Gunung ala Susi Pudjiastuti, Makanan khas Pangandaran yang Segar Halaman all". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-07-26.
  3. ^ "Pindang Gunung Yang Nikmat Dan Segar". Nutrisi Untuk Bangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-26.

Pautan luar sunting