Pingat-Pingat Johor

Senarai pingat-pingat kebesaran yang pernah dikurniakan oleh Sultan Johor[1]

Senarai sunting

Kumpulan I: Pingat Sultan Abu Bakar

  • Pingat Sultan Abu Bakar (PSAB)

Merupakan satu-satunya pingat yang pertama dicipta di negeri-negeri Melayu dan dikurniakan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1883 kepada individu yang dipilih. Asalnya, pingat ini dikurniakan sempena pertabalan Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan bagi Negeri dan Jajahan Johor. Kemudian pingat ini dikurniakan kepada kalangan kerabat dan pembesar negeri Johor.

Pingat ini tidak lagi dikurniakan kepada individu.

Kumpulan II: Pingat Besi kerana Jasa dan Keberanian

  • Pingat Besi kerana Jasa dan Keberanian (PB)

Dikurniakan kepada mereka yang berani dan berjasa kepada kerajaan serta melaksanakan pekerjaan yang berbahaya dan mengancam nyawa. Pingat ini diadakan pada tahun 1894, dalam dua kategori pangkat. Pingat Besi kerana Jasa dan Keberanian (PB) Pangkat Pertama diperbuatkan daripada enamel dan dikurniakan bagi mengiktiraf keberanian seseorang individu. Pingat ini dikhaskan kepada individu yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan, tentera, sukarelawan, tentera laut, polis dan pegawai penjara.

Manakala, Pingat Besi kerana Jasa dan Keberanian (PB) Pangkat Kedua diperbuat daripada gangsa dan dikurniakan kepada seseorang individu kerana jasa dan keberanian seperti menyelamatkan jiwa orang lain atau seumpamanya. Pingat ini boleh dikurniakan kepada orang awam. Kedua-dua pingat ini sama taraf dengan The Iron Cross for Valour Inggeris.

Pingat ini tidak lagi dikurniakan kepada mana-mana individu.

Kumpulan III: Pingat Lama dan Jasa dalam Pekerjaan

  • Pingat Lama dan Jasa dalam Pekerjaan (PJP)

Mula diadakan pada tahun 1886 dikurniakan kepada pegawai dan anggota Askar Timbalan Setia Negeri, dan Johor Volunteer Forces (JVF) atas jasa baik dalam perkhidmatan.

Kumpulan IV: Pingat Lama dan Baik dalam Perkhidmatan

  • Pingat Lama dan Baik dalam Perkhidmatan (PLP)

Dikurniakan kepada pegawai kerajaan Johor yang telah berkhidmat dengan cemerlang melebihi 25 tahun dengan kerajaan Johor, berkelakuan baik, serta berjasa kepada raja, kerajaan dan negeri. Pingat ini mula dikurniakan pada tahun 1886 dan masih dikurniakan sehingga kini.

Kumpulan V: Pingat Ibrahim Sultan Johor

Pingat Ibrahim Sultan
Dianugerahkan oleh   Sultan Johor
JenisPerintah
NegaraMalaysia  
StatusMasih dikurniakan
Sultan JohorSultan Ibrahim
GredPIS (I), PIS (II), PIS (III)
Susunan keutamaan
Lebih tinggiPingat Lama dan Baik Dalam Pekerjaan
Lebih rendahBintang Sultan Ismail
 
Reben pingat
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Dizahirkan pada 17 September 1925, iaitu sempena genapnya 30 tahun Sultan Ibrahim memerintah negeri Johor. Pingat ini dizahirkan dalam tiga pangkat, iaitu Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (P.I.S. I) diperbuat daripada emas dan dikhaskan untuk kerabat diraja dan pembesar negeri dan negara. Manakala, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) diperbuat daripada perak dikurniakan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan berintegriti lebih 20 tahun dengan kerajaan Johor. Bagi ahli parti siasah, seseorang ahli itu disyaratkan berkhidmat sekurang-kurangnya sebagai ahli jawatankuasa di peringkat cawangan atau bahagian selama tidak kurang 17 tahun. Seseorang itu, perlu berkelakuan baik dan memelihara maruah raja dan negeri.

Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga (P.I.S. III) diperbuat daripada gangsa adalah dikhaskan kepada penjawat awam kumpulan sokongan dalam perkhidmatan kerajaan dan berkhidmat tidak kurang 17 tahun dengan baik dan jujur, dengan kerajaan Johor. Tatacara menggunakan singkatan pada nama bagi gelaran ini ditetapkan hanya penerima Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama dan Kedua sahaja boleh meletakkan huruf ringkas “P.I.S” selepas nama mereka.

Kumpulan VI: Pingat Sultan Ibrahim

  • Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (PSI I)
  • Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
  • Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga (PSI III)

Rujukan sunting