Pingat Ibrahim Sultan Johor
Pingat Ibrahim Sultan Johor dizahirkan pada 17 September 1925, iaitu sempena genapnya 30 tahun Sultan Ibrahim memerintah negeri Johor. Pingat ini dizahirkan dalam tiga pangkat, iaitu Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (P.I.S. I) diperbuat daripada emas dan dikhaskan untuk kerabat diraja dan pembesar negeri dan negara. Manakala, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) diperbuat daripada perak dikurniakan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan berintegriti lebih 20 tahun dengan kerajaan Johor. Bagi ahli parti siasah, seseorang ahli itu disyaratkan berkhidmat sekurang-kurangnya sebagai ahli jawatankuasa di peringkat cawangan atau bahagian selama tidak kurang 17 tahun. Seseorang itu, perlu berkelakuan baik dan memelihara maruah raja dan negeri.
Pingat Ibrahim Sultan Johor | |
---|---|
Dianugerahkan oleh ![]() | |
Jenis | Perintah |
Status | Masih dikurniakan |
Sultan Johor | Sultan Ibrahim Ismail |
Gred | PIS (I), PIS (II), PIS (III) |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Pingat Lama dan Baik Dalam Pekerjaan |
Lebih rendah | Bintang Sultan Ismail |
![]() Reben pingat | |
sunting · sunting di Wikidata |
LencanaSunting
Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga (P.I.S. III) diperbuat daripada gangsa adalah dikhaskan kepada penjawat awam kumpulan sokongan dalam perkhidmatan kerajaan dan berkhidmat tidak kurang 17 tahun dengan baik dan jujur, dengan kerajaan Johor. Tatacara menggunakan singkatan pada nama bagi gelaran ini ditetapkan hanya penerima Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama dan Kedua sahaja boleh meletakkan huruf ringkas “P.I.S” selepas nama mereka.[1]
SenaraiSunting
Pangkat PertamaSunting
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama
Penerima boleh meletakkan huruf ringkas PIS selepas nama mereka.
Pangkat KeduaSunting
Penerima boleh meletakkan huruf ringkas PIS selepas nama mereka.
Pangkat KetigaSunting
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga
Penerima tidak boleh meletakkan huruf ringkas PIS selepas nama mereka.