Pinjamkan Hatiku merupakan sebuah filem drama romantik yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia dan Azizah Mahzan. Filem ini mengisahkan cinta Laila (Ayda Jebat) terhadap bekas kekasihnya di kampung, Naufal (Shaheizy Sam) setelah mengahwini doktor yang merawati kansernya, Doktor Hasnan (Farid Kamil). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2017.

Pinjamkan Hatiku
PengarahOsman Ali
Dibintangi olehAyda Jebat
Shaheizy Sam
Farid Kamil
Lia Natalia
Azizah Mahzan
Syarikat
penerbitan
Aurawhite Global Sdn Bhd[1]
Nuansa Sdn Bhd
PengedarSkop Production Sdn Bhd
Mula ditayangkan
30 November 2017
Tempoh tayangan
117 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Pecah panggungRM 3.13 juta[2]

SinopsisSunting

Filem ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila Safitri yang menghidap penyakit yang membawa maut. Ketika pulang ke kampung halamannya, Laila bertemu semula dengan Naufal yang merupakan rakan zaman kanak-kanaknya. Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila Naufal tiba-tiba hilang. Selepas peristiwa tersebut, Laila berkahwin dengan doktornya yang bernama Doktor Hasnan, walaupun hati Laila hanya untuk Naufal.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Air Terjun Pelangi di Pahang dijadikan lokasi utama penggambaran.[3]

SambutanSunting

TayanganSunting

Pinjamkan Hatiku ditayangkan pada 30 November 2017 di pawagam seluruh negara.

UlasanSunting

Shazryn Mohd Faizal dan Izwan Mohd. Isa masing-masing daripada mStar dan Kosmo berpendapat filem ini masih mempunyai persamaan dengan filem-filem Osman Awang yang lain dari sudut lakon layar dan tema. Shazryn dan Izwan menerima baik lakonan Ayda yang masih baru dalam dunia lakonan tetapi Shazryn merasakan lakonan pasangan Ayda dan Sam "sedikit canggung dan cengkaman emosi cinta mereka itu seperti tidak menusuk ke jiwa". Kedua-dua pengulas tersebut memuji sinematografi filem ini yang memilih Air Terjun Pelangi di Pahang, yang dikatakan Izwan sebagai cantik, sebagai latar utama penggambaran.[3][4]

KontroversiSunting

Sehari selepas filem tersebut ditayangkan di pawagam, sebuah rakaman langsung filem tersebut telah dibuat di Kuala Terengganu yang kemudiannya telah disebarkan melalui Facebook Live. Dia telah memohon maaf atas perbuatannya namun penerbit eksekutif filem tersebut, iaitu Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi telah menyerahkan kes tersebut kepada polis.[2][5]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Penerima Kategori Keputusan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Normah Damanhuri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
Ayda Jebat Pelakon Wanita Harapan Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Kamaruddin Razal (25 November 2017). "Pertama kali bintangi filem, Ayda Jebat mengaku gementar". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018. Filem (Pinjamkan Hatiku) terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd itu merupakan penampilan sulung Ayda memegang watak utama di layar perak. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ a b "Walau bocor, filem 'Pinjamkan Hatiku' kutip hampir RM2 juta". Malay Mail Online. 9 Disember 2017. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ a b Izwan Mohd. Isa (14 Disember 2017). "Takdir cinta Pinjamkan Hatiku". Kosmo Online. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (14 Disember 2017). "'Pinjamkan Hatiku' - Osman Ali Perlu Keluar Zon Selesa". mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ Siti Nursyazwani (4 Disember 2017). "'Pinjamkan Hatiku' jadi mangsa jenayah siber". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luarSunting