Pioneer 10 (juga dikenali Pioneer F) ialah Pesawat robot angkasa dengan berat 258-kilogram yang dilepaskan oleh NASA pada 2 Mac 1972 untuk mengkaji jaluran asteroid, persekitaran sekitar Planet Musytari, angin suria, sinaran lembayung kosmik, dan menjangkau bahagian luar sistem suria dan heliosfera.[1] Ia merupakan pesawat angkasa pertama yang berjaya melangkaui jaluran asteroid dan berjaya mendekati Planet Musytari. Lihat Eksplorasi Musytari untuk penerangan lanjut. Namun berikutan keadaan terdesak akibat kekurangan kuasa dan perjalanan yang sangat jauh dari bumi oleh probe tersebut, komunikasi antara bumi dan Pioneer 10 telah terputus sejak 23 Januari 2003.

Pioneer 10
Konsep lakaran artis tentang pertemuan Pioneer 10 dengan Planet Musytari
PengendaliARC / NASA
Kontraktor utamaTRW
Jenis misiFlyby
Lintas terbangJupiter
Tarikh Berlepas1972-03-02 01:49:00 UTC
(52 tahun dan 26 hari ago)
Kenderaan PelancarAtlas/Centaur/TE364-4
Kawasan PelancaranSpace Launch Complex 36A
Cape Canaveral Air Force Station
Tempoh misiMar 2, 1972 - Jan 23, 2003
(30 years, 10 months, 22 days)
(lost communication)
 Jupiter flyby
 (completed 1974-01-01)

 Interstellar mission
 (completed 1997-03-31)
ID COSPAR1972-012A
Laman webPioneer Project website(archived)
NASA Archive page
JisimTemplat:Kg to lb
Kuasa165.0 W (4 SNAP-19 RTGs)

Latar belakang misi sunting

Sejarah sunting

Pada tahun 1960, Jurutera angkasa Amerika Syarikat Gary Flandro yang berpangkalan di Makmal Penggalak Jet NASA telah berhasrat memikirkan bagi mewujudkan suatu misi, dikenali Penjelahan Utama Angkasa Raya, dimana ia menjurus kepada penjelahan melepasi Sistem Solar. Bagi persediaan misi, dalam tahun 1964 NASA juga bersetuju melepaskan sepasang probe di luar sistem solar.[2] Sebuah kumpulan advokasi, dipimpin oleh saintis angkasa Amerika James A. Van Allen, telah mengeluarkan suatu rasionalisasi saintifik berkenaan penjelahan luar dari planet-planet yang terdapat dalam sistem suria.[3] Pusat Penerbangan Angkasa Goddard telah meletakkan bersama proposal untuk pasangan "Probe Galaktik Musytari" yang mahu melangkaui jaluran asteroid dan melawat Musytari dalam tempoh 30 bulan dari tahun 1972 hingga 1973.[4]

Diluluskan pada Februari 1969,[4] probe Pioneer 10 dan kembarnya Pioneer 11, telah dilakarkan untuk tujuan penjelahan melepasi sistem solar. Banyak proposal penjelajahan telah dikeluarkan sejak tahun 1960, namun objektif misi dapat disimpulkan:

  • Menjelajah medium interplanetari melangkaui orbit Marikh
  • Mengkaji sifat semulajadi jaluran asteroid dalam perspektif saintifik dan memasuki hazard jaluran untuk keluar dari planet-planet (dalam sistem suria).
  • Mengkaji persekitaran Musytari.

Objektif pembangunan kemudian turut merangkumi aktiviti menghampiri Planet Musytari oleh probe bagi membekalkan data tentang kesan radiasi di persekitaran Musytari kepada peralatan yang terdapat pada pesawat angkasa.

Pusat kajian Ames NASA, selain Goddard, juga dipilih untuk menguruskan projek sebahagian dalam Program Pioneer.[4] Pada 1970, Ames telah berjaya memenangi kontrak kombinasi kepada TRW berjumlah $380 juta dollar untuk membina kedua-dua pengangkutan angkasa Pioneer 10 dan Pioneer 11, aktiviti pembinaan dijalankan secara bypassing bagi menjimatkan masa. Kumpulan TRW yang menghimpunkan kapal angkasa dipimpin oleh B. J. O'Brien dan Herb Lassen.[5] Perekaan dan pembuatan kapal angkasa diperlukan kira-kira 25 juta man-jam.[6]

Seni reka kapal angkasa sunting

Kapal angkasa Pioneer 10 berukuran 36-sentimeter kedalaman dengan 6 panel panjang berukuran 76-sentimeter membentuk struktur heksagon. Berat jisim kira-kira 260-kilogram.[1]:42

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PionOdys tidak disediakan
  2. ^ Launius, Roger D. (2004). Frontiers of space exploration. Greenwood Press guides to historic events of the twentieth century (ed. 2nd). Greenwood Publishing Group. m/s. 36. ISBN 0313325243.
  3. ^ Van Allen, James A. (2001). The century of space science. 1. Springer. m/s. 155. ISBN 0792371968. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan); Unknown parameter |chaptertitle= ignored (bantuan)
  4. ^ a b c Burrows, William E. (1999). This New Ocean: The Story of the First Space Age. Modern Library. Random House Digital, Inc. ISBN 0375754857.
  5. ^ Dyer, Davis (1998). TRW: pioneering technology and innovation since 1900. Harvard Business Press. ISBN 0875846068.
  6. ^ Wolverton, Mark (2004). The depths of space: the story of the Pioneer planetary probes. National Academies Press. ISBN 0309090504.

Pautan luar sunting