Pipet ialah sebuah peralatan makmal yang digunakan dalam hal-ehwal bidang kimia, biologi dan perubatan untuk memindahkan suatu isi padu cecair terukur. Pipet boleh didapati dalam pelbagai reka bentuk yang dikhususkan bagi tujuan-tujuan khas, dengan pelbagai julat ketepatan dan kejituan, daripada sebatang pipet kaca tunggal hingga pipet elektronik yang kompleks dan boleh laras. Banyak jenis pipet berfungsi dengan menghasilkan suatu vakum di atas kebuk cecair, dan melepaskan vakum ini untuk menarik dan membuang cecair yang diangkut. Kejituan ukuran banyak bergantung kepada alatan yang digunakan.

Aneka jenis pipet dan radas berkaitan.

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Pipet di Wikimedia Commons