Pisang kapas

kultivar pisang
(Dilencongkan dari Pisang Putar)

Pisang kapas atau pisang putar ialah kultivar pisang diploid AA yang boleh ditemukan di Malaysia. Ia sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih.

Musa 'Pisang Kapas'
Sesikat pisang kapas
SpesiesMusa acuminata
Kumpulan kultivarKumpulan AA
Kultivar'Pisang Kapas'[1]
AsalMalaysia

Kegunaan sunting

Pisang ini sesuai dimasak dan dijadikan kuih. Antara kuih yang menggunakan pisang ini adalah jemput-jemput pisang. Pisang ini boleh juga digunakan untuk membuat pisang salai, sama ada disalai menggunakan mesin penyalai atau dijemur di bawah terik matahari.

Bagi peminat pisang salai, mereka akan menjemur pisang ini menggunakan talam atau tikar mengkuang ataupun daun kelapa. Pisang yang digunakan untuk salai diambil semasa pisang ini mula masak, dan belum lebu atau terlalu masak kerana pisang yang masak lambat kering disebabkan lembik.

Rujukan sunting

  1. ^ 4376 ProMusa. Dicapai pada 3Ogos 2023.