Rencana ini adalah berkenaan dengan bilah mencukur. Bagi filem komedi misteri Malaysia, sila lihat Filem Pisau Cukur; manakala bagi novel buku terbitan prima pula, sila lihat Buku Miss Pisau Cukur: Janji

Pisau cukur ialah bilah yang terutamanya digunakan bagi menyingkirkan bulu badan yang tidak diingini dengan bercukur. Jenis pisau cukur termasuk pencukur lurus, pencukur pakai buang dan pencukur eletrik.

Pisau cukur

Sungguhpun pisau cukur telahpun wujud sejak sebelum Zaman Gangsa (objek seperti pencukur tertua dijumpai berusia 18,000 B.C.[1]), alatan moden setara hanya dicipta pada kurun ke-18, dan pada 1930-an melihat penciptaan pencukur eletrik. Pada kurun ke-21, pencukur keselamatan – samaada eletrik ataupun bukan – paling biasa digunakan oleh kedua lelaki dan perempuan, tetapi jenis pencukur lain masih wujud.[2]

Sejarah sunting

Pisau cukur telah dikenal pasti dari banyak budaya Zaman Gangsa. Ia diperbuat dari gangsa atau obsidian dan kebiasaannya berbentuk bujur, dengan puting menganjur dari satu hujung pendeknya.[3]

Pelbagai bentuk pencukur telah digunakan dalam sejarah, yang kelihatan berbeza tetapi memiliki kegunaan yang sama dengan pencukur lurus moden. Pada zaman prasejarah kulit cengkerang, gigi Yu dan batu api ("flint") ditajamkan dan digunakan bagi bercukur. Lukisan pencukur sedemikian terdapat dalam gua prasejarah. Sesetengan suku kaum masi menggunakan bilah yang diperbuat dari batu api sehingga hari ini. Pencarian gali di Mesir telah mendedahkan pencukur emas padu dan tembaga dalam makam bertarih sehingga 4 milinium BC. Sejarahwan Rom, Livy melaporkan bahawa pencukur diperkenalkan di Rom silam pada kurun ke-6 BC. oleh lagenda raja Lucius Tarquinius Priscus. Priscus awal dari masanya kerana pencukur tidak digunakan secara meluas sehingga satu kurun berikutnya.[4]

 
Pisau cukur Gangsa.

Pencukur lurus moden pertama lengkap dengan pemegang berhias dan bilah diasah berongga dicipta di Sheffield, di England, ditengah industri alatan makan pisau sudu garpu, pada kurun ke-18 dan ke-19. Benjamin Huntsman menghasilkan gred keluli keras lebih baik pertama, menggunakan proses keluli mangkuk pijar khas, sesuai bagi kegunaan bahan menghasil mata pencukur pada 1740. Proses Huntsman diterima pakai oleh Perancis tidak lama kemudian; sungguhpun dengan berat hati kerana semangat kebangsaan. Pengeluar Inggeris lebih keberatan berbanding pengeluar Perancis untuk menggunakan proses tersebut dan hanya menerimanya selepas mereka melihat kejayaannya di Perancis.[4] Keluli Sheffield, keluli disepuh baik, juga dikenali sebagai keluli perak Sheffield dan terkenal bagi perapiannya yang berkilauanh, dianggap keluli berkualiti tinggi dan masih digunakan sehingga hari ini di Perancis bagi penghasilan seperti Thiers Issard.[5]

 
Pencukur (atas) dan pemotong kuku dengan pemegang tulang (bawah) dijumpai dalam kubur budaya Hallstatt.

Pada kurun ke-18 dan 19 orang kaya memiliki pesuruh untuk mencukur mereka atau pergi ke kedai gunting. Bercukur setiap hari tidak diamalkan secara meluas pada kurun ke-19 dengan itu sesetengah orang tidak pernah bercukur. Amalan bercukur setiap hari dikalangan lelaki Amerika Syarikat merupakan ciptaan kurun ke-20 yang bermula selepas Perang Dunia Pertama. Tentera diwajibkan bercukur setiap hari agar topeng gas mereka boleh dipasang dengan sempurna dan ini menjadi lebih mudah dengan kewujudan pencukur keselamatan pakai buang yang dibekalkan semasa perang.[6] Pada kurun ke-19, pembuat pisau-sudu-garpu, kutleri di Sheffield, England dan Solingen, Jerman menghasilkan pelbagai jenis pencukur.

 
Pencukur yang diperbuat dari gangsa dari Zaman Besi pertama.

Pisau cukur lurus merupakan bentuk pencukur paling biasa sebelum kurun ke-20 dan kekal dalam bentuk tersebut dikebanyakan negara sehingga 1950-an.[2] Tukang gunting dilatih khas bagi memberikan pelanggan mereka cukuran yang pantas dan licin, dan himpunan pisau cukur lurus yang sedia untuk digunakan merupakan pandangan biasa di kebanyakan kedai gunting. Kini tukang gunting masih memilikinya, tetapi mereka jarang menggunakannya berbanding dahulu.

Pisau cukur lurus akhirnya tidak lagi diminati. Pencabar pertama mereka dihasilkan oleh King C. Gillette: pisau cukur keselamatan mata dua dengan pisau cukur boleh diganti. Idea Gillette adalah penggunaan konsep "pemimpin rugi", di mana pencukur dijual dengan kerugian, tetapi mata pisau pengganti menyumbang margin lebih besar dan memberikan jualan berterusan. Ia sangat berjaya kerana kempen pengiklanan dan slogan yang meremahkan keberkesanan pisau cukur lurus dan mempersoalkan keselamatannya.

Pisau cukur keselamatan baru ini tidak memerlukan sebarang latihan serius untuk digunakan.[7] Matanya sukar diasah, dan bertujuan untuk dibuang selepas satu kegunaan, dan cepat berkarat sekiranya tidak dibuang. Ia juga memerlukan pelaburan awal yang lebih kecil, sungguhpun ia menelan belanja lebih tinggi dengan peredaran masa. Sungguhpun dengan kelebihan jangka panjangnya, pisau cukur lurus kehilangan pasaran yang banyak. Dan oleh kerana bercukur menjadi lebih menakutkan dan orang lelaki mula bercukur dengan lebih kerap, permintaan bagi tukang gunting mencukur dengan pisau cukur lurus turut semakin berkurangan.[2]

Sekitar 1960, pisau cukur keluli tahan karat yang boleh digunakan lebih dari sekali mula didapati, mengurangkan kos cukuran menggunakan pencukur keselamatan. Pisau cukur pertama sedemikian dihasilkan oleh firma Wilkinson firm, penghasil pedang istiadat yang terkenal, di Sheffield. Tidak lama kemudian, pengeluar Gillette, Schick, dan yang lain mula menghasilkan pisau cukur keluli tahan karat.

Ini diikuti dengan katrij berbilang pencukur dan pencukur pakai buang. bagi setiap pencukur boleh diganti, pada umumnya terdapat pisau cukur pakai buang.

Pada 1930-an, pencukur eletrik dijual. Ia mampu menyaingi kos pisau cukur lurus yang baik, sungguhpun kos keseluruhan kit pencukur lurus mampu melebihi kos pencukur eletrik yang mahal.

Pisau cukur lurus sunting

 
Pisau cukur lurus jenama Filosa dari Mexico (pertengahan kurun ke-20) dari koleksi kekal Museo del Objeto del Objeto.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Spielvogel, Jackson (2005). World History. Mc Graw Hill. m/s. 25. ISBN 0-07-860702-7.
  2. ^ a b c Kids. ohiokids.org. Retrieved on 2012-09-14.
  3. ^ Warwichshire Country Council: New Prehistoric Archaeology Objects Diarkibkan 2012-10-10 di Wayback Machine
    "Malah lebih lama lagi dalam masa, semasa Zaman Gangsa, kita kini memiliki bukti mengenai orang menjaga rupa mereka. Pencukur gangsa berbentuk daun ini dijumpai berhampiran dengan Bidford di Avon dan salah datu dari sebilangan kecil pencukur Zaman Gangsa jenis ini yang dijumpai di negara ini."
  4. ^ a b razor. Encyclopaedia Britannica online. Retrieved on 2012-09-14.
  5. ^ Frequently Asked Questions Answered – Even Before You Ask Them Straight Razor or Safety Razor?. classicshaving.com Retrieved on 2012-09-14.
  6. ^ howstuffworks: Why Men Shave: "Sungguhpun dengan perkembangan ini, lelaki masih gemarkan janggut. Pisau cukur memiliki amaran berikut "Amaran! boleh menyebabkan kehilangan telinga. Jangan berikan pada kanak-kanak di bawah usia 22 tahun." Ini kemungkinannya bercukur dengan pencukur lurus merupakan aktiviti yang merbahaya yang lebih baik diserahkan pada mereka yang profesional. Kecuali anda tinggal di bandar dan kaya, mendapatkan tukang cukur profesional dan berpatutan adalah sukar. Oleh itu, sehingga kurun ke-20, janggut merupakan fesyen dan ramai lelaki menyimpannya. Tetapi semasa Perang Dunia Pertama di Amerika Syarikat, semua itu bertukar. dan terdapat dua sebab bagi perubahan tersebut:..."
  7. ^ Corey Greenberg (2005-01-30). How to get that perfect shave. msnbc.msn.com. Retrieved on 2012-09-14.