Armando Christian Pérez, atau Pitbull, (lahir 14 Januari 1981) adalah seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat dalam genre reggaeton, hip-hop dan crunk. Album pertamanya dikeluarkan pada 2004, bertajuk M.I.A.M.I. (kependekan Money Is a Major Issue) di bawah TVT Records. Sejak itu, dia telah mengeluarkan dua lagi album, El Mariel pada 2006 dan The Boatlift pada 2007.[1]

Pitbull
Side view of a man with a shaved head, wearing sunglasses and a white dress shirt at a high school prom. He holds a microphone with his right hand to his mouth and his left hand is held up. Behind him, several students are seen taking photographs with digital cameras and cell phones.
Pitbull di prom Alhambra High School, Alhambra, California, 2007
Latar belakang
Nama lahirArmando Christian Pérez
GenreHip hop, Reggaetón
PekerjaanPenyanyi rap, pencipta lagu
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
RCA, Jive
Pengkarya berkait
Bun B, DJ Khaled, Lil Jon, Trick Daddy, Twista
Laman sesawang
www.planetpit.com

Sebanyak lebih 7.5 juta buah album studio dan lebih 100 juta buah single dari beliau laris dijual sedunia.[2] Beliau turut disenaraikan dalam majalah Billboard dalam tangga ke-45 Artis Terbaik (the Top Artist of the 2010s) dan tangga ke-24 Artis Latin Terbaik (Top Latin Artist of the 2010s) tahun 2010-an.[3][4]

Kerjaya muzik sunting

2000-an sunting

Beliau pernah menjadi juruacara program bahasa Sepanyol La Esquina di saluran kabel Mun2.[5][6][7]

2010-an sunting

Pitbull ada mengadakan suatu konsert '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei 2010 Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pihak penganjur mendakwa kemasukan Pitbull telah dua kali ditolak oleh Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa membidas Puspal kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi pada 15 Mei 2010. Temph masa ini "telah melanggar garis panduan tempoh persembahan sesebuah konsert". Biasanya pihak penganjur atas sebab-sebab tertentu, konsert dibenarkan hanya sehingga 1 pagi. Penganjur mestilah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah. [8]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Penampilan sunting

Filem sunting

Tahun Filem Sebagai Catatan
2012 La Gasolina: Reggaeton Explosion Diri sendiri Dokumentari
2013 Blood Money Diri sendiri
2013 Epic Bufo Sebagai pelakon suara
2019 UglyDolls Ugly Dog Sebagai pelakon suara versi Inggeris dan Sepanyol

Televisyen sunting

Tahun Judul Sebagai Catatan
2007 Punk'd Diri sendiri
2007–2008 La Esquina Diri sendiri 2 episod; juga sebagai penerbit eksekutif dan penulis
2010 When I Was 17 Diri sendiri
2012 Shark Tank Diri sendiri Tetamu undangan
2012 Dancing with the Stars Diri sendiri Tetamu undangan
2015 Empire Diri sendiri Musim 2 Episod 4

Permainan video sunting

Tahun Judul Sebagai Catatan
2006 Scarface: The World Is Yours Sebagai penyumbang suara

Rujukan sunting

  1. ^ David Jeffries. "Pitbull – Biography". allmusic. Dicapai pada 2009-11-16.
  2. ^ Songwriters Hall of Fame (2017). "Armando Christian Pérez - Global Ambassador Award". songhall.org. Dicapai pada May 22, 2020.
  3. ^ Billboard (December 30, 2019). "Top Artists of the 2010s". billboard.com. Dicapai pada May 22, 2020.
  4. ^ Billboard (December 30, 2019). "Top Latin Artists of the 2010s". billboard.com. Dicapai pada May 22, 2020.
  5. ^ Hustle and Row: All Aboard Pitbull's Boatlift. Latinrapper.com. Retrieved on April 11, 2012.
  6. ^ Kristin Edelhauser (2007-09-25). "Viva Entrepreneurship". The Washington Post. The Washington Post Company. Dicapai pada 2009-08-17.
  7. ^ "Rapper Pitbull's New TV Show 'Pitbull's La Esquina'" (Siaran akhbar). mun2. March 21, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2007.
  8. ^ PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
  9. ^ "Pitbull anunció el lanzamiento de su nuevo disco 'Libertad 547'". Telemundo. May 14, 2019. Dicapai pada May 15, 2019.

Pautan luar sunting