Buka menu utama

Pitch Perfect 3 ialah sebuah filem komedi muzikal Amerika Syarikat 2017 arahan Trish Sie dan ditulis oleh Kay Cannon dan Mike White. Kesinambungan dari filem Pitch Perfect 2 (2015) dan filem ketiga dan terakhir dalam siri filem Pitch Perfect. Barisan pelakon terdiri daripada Anna Kendrick, Anna Camp, Rebel Wilson, Brittany Snow, Hailee Steinfeld, Hana Mae Lee, Ester Dean, Chrissie Fit, Alexis Knapp, John Lithgow, Ruby Rose, Kelley Jakle, Shelley Regner, Elizabeth Banks dan John Michael Higgins. Filem ini mengisahkan tentang Bellas yang kini tamat belajar, bersatu kembali untuk satu persembahan terakhir bersama semasa jelajah USO luar negeri.

Pitch Perfect 3
PengarahTrish Sie
Penerbit
Lakon layar oleh
Cerita olehKay Cannon
Dibintangi oleh
Muzik olehChristopher Lennertz
SinematografiMatthew Clark
Disunting oleh
  • Craig Alpert
  • Colin Patton
Syarikat
penerbitan
  • Gold Circle Films
  • Brownstone Productions
PengedarUniversal Pictures
Mula ditayangkan
22 Disember 2017 (2017-12-22)(A.S.)
Tempoh tayangan
93 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$45 juta[2]
Pecah panggung$183.1 juta[2]

Penggambaran dijalankan pada Januari 2017 di Atlanta, Georgia dan berakhir pada April 2017. Filem ini dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 22 Disember 2017 ini menerima ulasan positif dari pengkritik, dan telah meraih $183 juta di seluruh dunia pada 14 Februari 2018.[3][4] Filem ini menjadi filem komedi muzikal terlaris tertinggi kedua sepanjang masa, di belakang dari filem kedua.[5]

PelakonSunting

The BellasSunting

Watak tambahanSunting

  • Alexis Knapp sebagai Stacie Conrad, alumni Barden Bellas, dikenali kerana terdorong dengan sifat seksi. Dia tidak dapat menyertai jelajah kerana sedang hamil 8 bulan.
  • John Michael Higgins sebagai John Smith, pengulas acapella yang membuat filem dokumentari tentang The Bellas.
  • Elizabeth Banks sebagai Gail Abernathy-McKadden-Feinberger, pengulas acapella yang membuat filem dokumentari tentang The Bellas.
  • John Lithgow sebagai Fergus Hobart, bapa kandung Fat Amy yang merupakan seorang penjenayah.
  • Matt Lanter sebagai Chicago Walp, anggota tentera Amerika Syarikat yang menjaga Bellas sepanjang jelajah dan menyukai Chloe.
  • Guy Burnet sebagai Theo, penerbit muzik DJ Khaled dan menyukai Beca
  • DJ Khaled sebagai dirinya sendiri, artis yang mengadakan jelajah.
  • Ruby Rose, Andy Allo, Venzella Joy Williams dan Hannah Fairlight sebagai Calamity, Serenity, Charity dan Veracity, anggota band Evermoist yang menjadi saingan the Bellas.
  • Whiskey Shivers sebagai Saddle Up, band Country yang menjadi saingan the Bellas.
  • Trinidad James dan D.J. Looney sebagai Young Sparrow dan DJ Dragon Nutz, duo kumpulan yang menjadi saingan the Bellas.
  • Troy Ian Hall sebagai Zeke
  • Jessica Chaffin sebagai Evan
  • Moises Arias sebagai Pimp-Lo
  • Michael Rose sebagai Bapa Aubrey

KeluaranSunting

Pitch Perfect 3 pada mulanya ditayangkan pada 21 Julai dan 4 Ogos 2017. Ia dipertontonkan di Sydney, Australia, pada 29 November 2017,[6] dan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 22 Disember 2017.[7]

RujukanSunting

  1. ^ "Pitch Perfect 3". AMC Theatres. Dicapai November 22, 2017. 
  2. ^ a b "Pitch Perfect 3 (2017)". Box Office Mojo. Dicapai February 11, 2018. 
  3. ^ "Pitch Perfect 3' is...fine, and you can't have expected more than that". Mashable. December 19, 2017. Dicapai December 19, 2017. 
  4. ^ Jeff Giles (December 21, 2017). "Jumanji: Welcome to the Jungle is Certified Fresh". Dicapai December 21, 2017. 
  5. ^ "List of Top Grossing Music Comedy Films, 1984-Present". Box Office Mojo. Dicapai December 13, 2014. 
  6. ^ "Pitch Perfect 3 Australian Premiere". Facebook.com. Dicapai December 8, 2017. 
  7. ^ Busch, Anita (May 9, 2016). "'Pitch Perfect 3' Moves Up To Middle Of Summer 2017". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai May 10, 2016. 

Pautan luarSunting