Manusia Jawa

(Dilencongkan dari Pithecanthropus erectus)


Manusia Jawa merupakan salah satu daripada spesimen pertama Homo erectus yang ditemui. Spesimen itu ditemui pada tahun 1891 oleh Eugène Dubois di Trinil yang terletak di tebing Sungai Bengawan Solo, Jawa, Indonesia. Beliau pada asalnya memberikan nama saintifik Pithecanthropus erectus kepada spesimen ini. Perkataan "pithecanthropos" berasal daripada bahasa Yunani dan bererti "manusia mawas".

Manusia Jawa
frames
Pengelasan saintifik

Penemuan Dubois bukanlah satu spesimen yang lengkap, tetapi hanya terdiri daripada lengkung kepala, tulang femur, dan tiga batang gigi. Adakah tulang-tulang ini berasal daripada spesies yang sama masih tidak dapat dipastikan. Satu laporan 342-halaman yang ditulis tidak lama selepas penemuan tersebut menimbulkan banyak keraguan terhadap kesahan spesimen ini. Walaupun begitu, Manusia Jawa masih tercatat dalam banyak buku teks pada hari ini.

Jasad Manusia Jawa yang kedua kemudiannya ditemui pada tahun 1936 oleh GHR von Koenigswald, seorang ahli paleontologi yang berasal daripada Berlin di kampung Sangiran, Jawa Tengah, 18 kilometer di utara Surakarta. Jasad ini yang terdiri daripada lengkung kepala yang sama besar dengan penemuan Dubois pada tahun 1891 adalah hasil langsung dari tapak ekskavasi Dubois yang sama.

Sehingga jasad manusia yang lebih tua ditemui di Lurah Gelinciran Besar di Kenya, penemuan Dubois dan Koenigswald merupakan jasad hominid tertua yang dikenali, serta spesimen pertama yang disebut sebagai bukti untuk menyokong teori evolusi Charles Darwin dan Alfred Russel Wallace. Banyak ahli sains ketika itu juga mencadangkan bahawa Manusia Jawa yang ditemui oleh Dubois mungkin merupakan "hubungan terhilang" antara mawas dengan manusia moden dalam hubungan evolusi. Bagaimanapun, disebabkan keraguan abad ke-19, Dubois tidak pernah diberikan penghargaan untuk teori ini.

Maurício de Sousa, seorang pelukis kartun Brazil, mencipta orang zaman batu yang digelarkan Pitheco selepas diilhami oleh nama saintifik Manusia Jawa. Nama penuh Pitheco ialah Pithecanthropus erectus da Silva. Silva ialah nama keluarga yang paling biasa di Brazil. [1] Diarkibkan 2012-09-23 di Wayback Machine Bagaimanapun, perkataan "da Silva" telah dikeluarkan daripada versi nama bahasa Inggeris.


Lihat juga sunting