Plat Sunda merupakan plat tektonik di mana terletaknya sebahagian besar rantau Asia Tenggara. [1] Ia pernah dianggap sebagai sebahagian daripada plat Eurasia, tetapi ukuran GPS telah mengesahkan pergerakan bebasnya pada kadar 10 mm/tahun ke timur berbanding Eurasia.[2] Plat ini mencakupi kawasan Laut China Selatan, Laut Andaman, bahagian selatan negara Thailand dan Vietnam, Malaysia dan pulau-pulau Borneo, Sumatera, Jawa dan sebahagian Sulawesi di Indonesia, termasuk barat daya kepulauan Filipina, kepulauan Palawan dan Archipelago Sulu.

Plat Sunda
ڤلت سوندا
Plat Sunda (ditandakan sebagai "Sonde") dan plat-plat sekitarnya (dalam bahasa Perancis)
KedudukanAsia Tenggara
KomposisiLitosfera benua dan laut
Plat utamaPlat Eurasia
SempadanJurang Jawa dan Filipina
Keluasan0.21967 steradian
Kutub Euler55° 44' U 72° 95' B °/juta tahun

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Plak Sunda mengarah ke timur oleh Lengkungan Gerak Filipina, Zon Perlanggaran Laut Molucca, Plat Laut Molucca, Plat laut Banda dan Plat Timor; keselatan dan barat oleh Plat Australia; dan keutara oleh Plat Burma, Plat Eurasian; dan Plat Yangtze. Plat Indo-Australia menjunam di bawah Plat Sunda sepanjang Jurang Jawa, yang menyebabkan gempa bumi.[1]

Sempadan timur, selatan dan barat Plat Sunda adalah tektonik rumit dan aktif secara seismik. Hanya sempadan utara agak tenang.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Whitten, T (1996). The Ecology of Java and Bali. Hong Kong: Periplus Editions Ltd. m/s. 87. ISBN 978-9625938882. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Socquet, Anne (2006). "Microblock rotations and fault coupling in SE Asia triple junction (Sulawesi, Indonesia) from GPS and earthquake slip vector data" (PDF). Journal of Geophysical Research. 111 (B8). Bibcode:2006JGRB..11108409S. doi:10.1029/2005JB003963. ISSN 0148-0227. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting