Platform tengah (bahasa Inggeris: Island platform) merupakan susunan stesen keretapi, perhentian trem atau transit aliran deras bas yang menggunakan satu platform yang terletak di antara dua landasan. Platform tengah sering digunakan untuk laluan landasan kembar atas sebab pragmatik dan jimat kos. Ia juga berguna di stesen-stesen besat di mana perkhidmatan tempatan dan ekspres untuk arah perjalanan yang sama dapat disediakan dari belah-belah yang bertentangan di platform yang sama dan oleh itu memudahkan pertukaran antara dua landasan. Susunan alternatif adalah platform sisi iaitu platform di bahagian tepi landasan.

Stesen Beecroft di Sydney, Australia, merupakan stesen berplatform sisi di lengkung songsang. Platformnya dicapai melalui laluan bawah tanah.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting