PlayStation Vita (dipendekkan secara rasmi sebagai PS Vita atau Vita) merupakan sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation Portable dan merupakan sebahagian daripada produk di bawah keluarga PlayStation. Ia telah dilancarkan di Jepun pada 17 Disember 2011 dan pada 22 Februari 2012 untuk pasaran seluruh dunia. Konsol ini bersaing bersama konsol mudah alih utama lain seperti Nintendo 3DS sebagai sebahagian daripada generasi kelapan konsol permainan video.

PlayStation Vita
PengilangSony Computer Entertainment
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video mudah alih
GenerasiKelapan
Tarikh jualan17 Disember 2011 (Jepun)
Bil. dijual2.2 juta (setakat 30 Jun 2012)
MediaPS Vita Card
CPU4 teras ARM Cortex-A9 MPCore
Muatan storanKad memori PS Vita (4, 8, 16 or 32 GB)
Ingatan512 MB RAM, 128 MB VRAM
PaparanPaparan sesentuh OLED 5 inci, warna 24-bit, 960 × 544 qHD @ 220 ppi[1]
Grafik4 teras SGX543MP4+
Input
Kamera0.3MP depan dan belakang
KetersambunganIEEE 802.11 b/g/n Wi-Fi, 3G, Bluetooth 2.1+EDR
Perkhidmatan
dalam talian
PlayStation Network
Dimensi83.55 mm (3.289 in) (tinggi)
182 mm (7.2 in) (lebar)
18.6 mm (0.73 in) (tebal)
BeratWi-Fi:
260 gram (9.2 oz)
3G:
279 gram (9.8 oz)
Keserasian ke
belakang
PlayStation (muat turun sahaja)
PlayStation Portable (muat turun sahaja)
PendahuluPlayStation Portable

Model asal konsol ini mempunyai paparan sesentuh berjenis OLED bersaiz 5 inci, dua kayu ria analog, dan menyokong sambungan Bluetooth, Wi-Fi dan rangkaian 3G. Antara spesifikasi konsol ini ialah penggunaan cip mikropemproses ARM Cortex-A9 MPCore empat teras dan cip mikropemproses grafik SGX543MP empat teras. Model semakan, PS Vita siri 2000, dikeluarkan sepanjang tahun 2013 hingga 2014, memiliki perbezaan dari segi ketahanan bateri yang lebih lama, saiz konsol yang lebih kecil serta pengguna paparan skrin berjenis LCD. Sony juga mengeluarkan PlayStation TV, yang merupakan antara variasi PlayStation Vita yang membolehkan pengguna memainkan permainan video untuk Vita pada skrin televisyen; ia tidak lagi dikeluarkan pada penghujung tahun 2015.

Reka bentuk konsol direka dengan idea untuk menggabungkan pengalaman bermain permainan video pada konsol permainan video dengan trend permainan mudah alih yang akan datang menerusi peranti pintar atau tablet. Namun begitu, selepas setahun konsol ini berjaya dari segi hasil jualan, jualan konsol ini serta bajet yang lebih tinggi untuk membangunkan permainan video terhenti, menyebabkan Vita berdepan dengan masa jangka hayat dihentikan. Usaha bersepadu oleh pembangun bebas dan kecil-kecilan serta sokongan daripada beberapa syarikat Jepun membantu memanjangkan jangka hayat konsol ini. Walaupun Sony tidak mengeluarkan laporan hasil jualan Vita, penganalisis pasaran EEDAR menganggarkan sebanyak 10 juta unit telah terjual pada penghujung tahun 2015. Beberapa tahun mendatang menyaksikan Sony dalam cubaan untuk memainkan permainan video untuk konsol lain dalam Vita seperti memainkan permainan video PlayStation 4 menerusi penggunaan Remote Play.Azhar penipu

Sejarah sunting

Latar belakang sunting

Selepas era kegemilangan produk di bawah jenama Game Boy keluaran Nintendo pada era 1990-an sehingga awal tahun 2000 dengan saingan yang sedikit daripada pesaing lain, dan kejayaan terbesar Sony menerusi sambutan hangat pada konsol PlayStation dan PlayStation 2, Sony berhasrat untuk memasuki pasaran konsol permainan video mudah alih. Pada tahun 2004, Sony mengeluarkan konsol PlayStation Portable (PSP) untuk bersaing bersama konsol Nintendo DS sebagai sebahagian daripada generasi ketujuh konsol permainan video.[2] Selepas permulaan yang agak hambar di pasaran dunia, jualan konsol ini kemudian dirancakkan di Jepun dengan beberapa judul permainan video siri Monster Hunter dibangunkan.[2][3] Walau bagaimanapun, siri permainan video ini tidak begitu mendapat sambutan hangat di pasaran barat, menyebabkan konsol PSP gagal dijual dengan begitu baik. PSP akhirnya membawakan beberapa keputusan yang bercampur-campur kepada Sony. Dari sudut positif, konsol PSP dilihat sebagai pesaing utama buat pertama kali yang bersaing terus dengan konsol mudah alih keluaran Nintendo di mana ia telah terjual sebanyak 80 juta unit, jumlah yang lebih kurang sama dengan hasil jualan konsol Nintendo Game Boy Advance pada generasi keenam.[2] Dari sudut negatif pula, PSP hanya mampu terjual lebih daripada separuh daripada hasil jualan konsol Nintendo DS yang mencatatkan jualan sebanyak 150 juta unit pada penghujung tahun 2011.[4]

Khabar angin mengenai pengganti konsol PSP bermula seawal bulan Julai 2009 apabila laman sesawang Eurogamer melaporkan bahawa Sony sedang membangunkan konsol mudah alih yang akan menggunakan cip mikpemproses PowerVR SGX543MP dan menawarkan prestasi yang sama seperti konsol Xbox.[5] Sepanjang tahun 2010, beberapa laman sesawang melaporkan khabar angin mengenai pembangunan konsol "PSP 2".[6][7][8][9][10] Dalam acara Tokyo Game Show, laporan menyebut konsol terbaharu ini sudah didedahkan semasa mesyuarat tertutup pada pertengahan bulan September yang diadakan di ibu pejabat Sony Computer Entertainment di Aoyama, Tokyo.[7] Sejurus selepas itu, ada laporan yang mengatakan bahawa kit pembangun untuk konsol terbaru Sony ini sudah dihantar kepada beberapa pembangun permainan video termasuklah pembangun pertama dan pihak ketiga bagi memulakan pembangunan permainan video untuk konsol terbaru ini,[11] dan disahkan oleh penerbit eksekutif Mortal Kombat, Shaun Himmerick.[12] Pada bulan November, naib presiden Electronic Arts, Patrick Soderlund mengesahkan beliau telah melihat sendiri kewujudan konsol yang bakal menggantikan PlayStation Portable, namun begitu beliau tidak mendedahkan butiran lanjut.[13] Pada bulan yang sama juga, VG247 menerbitkan beberapa foto mengenai prototaip konsol yang memiliki persamaan seperti PSP-Go seperti paparan skrin yang diluncur, dua pengawal kayu ria analog, dua jenis kamera dan mikrofon terbina, di samping laporan itu juga menyebut masalah kepanasan melampau menyebabkan Sony terpaksa beralih kepada reka bentuk yang lebih terarah kepada model asal PlayStation Portable.[8][10][14]

Sepanjang tahun 2010, Sony tidak dapat mengesahkan laporan mengenai pengganti kepada konsol PSP, namun begitu memberi komen mengenai konsol yang akan datang. Shuhei Yoshida, presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios, mendedahkan bahawa walaupun bahagian mereka lebih kepada pembangunan perisian, mereka masih lagi berperanan terus dalam membangunkan perkakasan akan datang.[15] Pada bulan Disember, ketua pengarah eksekutif Sony Computer Entertainment, Kazui Hirai, memberitahu bahawa Sony berhasrat untuk mengembangkan konsol akan datang mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih besar dengan penggunaan beberapa input; butang dan pengawal kayu ria untuk pengguna konsol mudah alih biasa dan skrin sesentuh untuk pengguna yang biasa menggunakan peranti pintar.[16] Konsol terbaharu ini diumumkan secara rasmi oleh Sony pada 27 Januari 2011 dalam sidang akhbar semasa acara PlayStation Meeting yang diadakan di Jepun.[17] Konsol ini, yang hanya dikenali dengan nama kod Next Generation Portable, dijangka memiliki kualiti paparan visual setanding dengan konsol PlayStation 3,[17] yang kemudiannya dijelaskan bahawa ia tidak semestinya perlu ke tahap sebegitu menurut David Coombes, pengurus penyelidikan sistem di Sony Computer Entertainment America, "Jadi, ia tidak akan dijana dengan kelajuan 2 GHz (seperti PS3) kerana bateri hanya akan bertahan selama lima minit dan mungkin seluar anda akan terbakar".[18] Prestasi konsol terbaharu ini kemudiannya dijelaskan oleh jurutera Sony sebagai pertengahan antara konsol PSP dan PS3.[19] Khabar angin juga menyatakan bahawa konsol ini bakal hadir dengan manfaat terbaik antara konsol mudah alih dan peranti pintar, menggunakan paparan skrin berjenis OLED bersaiz 5 inci, pad sesentuh di bahagian belakang berserta dengan butang fizikal dan dua pengawal kayu ria.[20] Sony juga mendedahkan bahawa permainan video untuk konsol ini hadir dalam bentuk muat turun secara digital atau penjualan runcit.[9] Lagi butiran lanjut kemudian didedahkan dalam acara Game Developers Conference 2011, termasuklah kemungkinan Sony tidak akan menggunakan media berjenis UMD bagi memberi laluan kepada katrij permainan video yang lebih kecil bersaiz 2 GB dan 4GB,[21] mempunyai dua jenis kamera, berupaya untuk melakukan pengesanan wajah, kepala dan lokasi.[22]

Pelancaran sunting

Pada 6 Jun 2011, semasa dalam acara E3 2011, Sony mengumumkan nama rasmi konsol ini sebagai PlayStation Vita, di mana perkataan "Vita" diambil dari bahasa Latin yang bermaksud "kehidupan"[23]. Walaupun terdapat laporan yang menyatakan bahawa bencana gempa bumi besar yang berlaku di Jepun pada tahun tersebut menyebabkan kelewatan pelancaran konsol Vita ini, Sony mengesahkan bahawa mereka berada di landasan yang betul untuk melancarkan konsol Vita ini yang dijangkakan pada lewat penghujung tahun 2011 bagi pasaran Jepun[24][25] dan pada bulan Februari 2012 untuk pasaran di seluruh dunia[25][26].

Tarikh pelancaran ini kemudiannya dikenalpasti pada 17 Disember 2011 bagi pasaran Jepun[27], dan pada 22 Februari 2012 bagi pasaran di Amerika Utara dan Eropah, walaupun terdapat edisi terhad yang dikeluarkan seminggu sebelumnya di kawasan Amerika Utara, yang terdiri daripada konsol Vita dengan sambungan 3G/WiFi terbina, permainan video Little Deviants, sarung konsol edisi terhad serta memori kad berkapasiti 4 GB[26]. PlayStation Vita kemudiannya dilancarkan di Jepun bersama dengan 26 judul permainan video, dengan Sony menyatakan bahawa terdapat lebih 100 judul permainan video masih lagi dalam pembangunan[28]. Di pasaran Amerika Utara pula, konsol Vita dilancarkan bersama dengan 25 judul permainan video[29], termasuklah judul asal seperti Uncharted: Golden Abyss dan Wipeout 2048 serta judul universal seperti FIFA 12 dan Rayman Origins[30].

Jualan konsol Vita dilihat sangat memberangsangkan pada waktu awal pelancaran, namun begitu menurun dengan mendadak. PlayStation Vita mendapat sambutan hangat di pasaran Jepun, di mana ianya telah terjual lebih dari 300,000 unit pada minggu pertama ianya dikeluarkan, yang kemudiannya menurun sehingga 78% iaitu di bawah 73,000 unit terjual pada minggu kedua, dan anggaran sebanyak 12,000 unit telah terjual pada minggu-minggu berikutnya[31][32]. Situasi yang sama berlaku di Amerika Syarikat, di mana 200,000 unit telah terjual pada bulan pertama ianya dilancarkan di pasaran Amerika Utara, sebelum menurun sehingga 50,000 unit terjual pada bulan-bulan berikutnya[33]. Dilaporkan 1.2 juta unit telah terjual sehingga setakat 26 Februari 2012, selepas konsol ini dilancarkan dalam hampir kesemua pasaran di dunia[34]. Sepanjang tahun 2012, konsol Vita menerima beberapa judul permainan video berprofil tinggi seperti Gravity Rush, LittleBigPlanet PS Vita, Sonic & All-Stars Racing Transformed, Persona 4 Golden, Assassin's Creed III: Liberation, dan Call of Duty: Black Ops: Declassified. Walau bagaimanapun, konsol ini hanya mampu terjual sehingga 4 juta unit di seluruh dunia selepas 10 bulan ianya berada di pasaran[35], dan penganalisis menganggarkan hanya dapat dijual sehingga 6 juta unit selepas dua tahun di pasaran[36]. Selepas tahun 2012, Sony tidak lagi mengeluarkan laporan hasil jualan konsol PlayStation Vita, dan mereka memilih untuk mengeluarkan laporan hasil jualan bersama PlayStation Vita dan PSP[36].


Rujukan sunting

  1. ^ a b c Johnny Cullen (24 Januari 2011). "Sony outs tech specs for NGP". VG247. Dicapai pada 25 Januari 2011.
  2. ^ a b c "RPG Reload Presents - The History Of Handheld RPGs, Part Eight". Touch Arcade. 7 April 2016. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  3. ^ Ashcraft, Brian (23 Ogos 2013). "Bad News for the PS Vita: No Monster Hunter 4 Anytime Soon". Kotaku. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  4. ^ Ashcraft, Brian (26 Januari 2014). "Nintendo DS: Over 150 Million Sold". Kotaku. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  5. ^ Luke Plunkett (7 Julai 2009). "PSP2 In Development, As Powerful As Xbox". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  6. ^ Brian Crecente (7 Julai 2010). "Report: Sony Working on New Gaming Machine". Kotaku. Dicapai pada 8 Julai 2010.
  7. ^ a b Brian Ashcraft (25 Oktober 2010). "PSP2 Hits Next Fall With Dual Analog Sticks, Touch Pad and Bigger Screen". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  8. ^ a b Patrick Garratt (17 November 2010). "PSP2 dev kit snaps show twin sticks, track-pad [Update]". VG247. Dicapai pada 14 November 2010.
  9. ^ a b Michael French (13 Januari 2011). "PSP2 as powerful as PS3, set for Q4 launch". Market for Home Computing and Video Games. Intent Media. Dicapai pada 13 Januari 2011.
  10. ^ a b Jim Reilly (17 November 2010). "Alleged PSP2 images surface". IGN. Dicapai pada 19 November 2010.
  11. ^ Michael McWhertor (27 September 2010). "Report: PSP2 Hardware Now In The Hands Of 'Numerous' Developers". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 27 September 2010.
  12. ^ Ben Gilbert (16 September 2010). "PSP2 in the hands of Mortal Kombat devs; "It's a pretty powerful machine"". Joystiq. AOL. Dicapai pada 29 Disember 2010.
  13. ^ "PSP2 exists - EA". Computer and Video Games. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2013. Dicapai pada 2 November 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ Michael McWhertor (17 November 2010). "Rumor: First Pics Of The PSP2". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 14 November 2010.
  15. ^ Rob Crossley (6 Julai 2010). "Sony: Devs will help build the next PlayStation". Majalah Develop]]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-09. Dicapai pada 6 Julai 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  16. ^ Mike Fahey (22 Disember 2010). "The PSP2 Is No PlayStation Phone". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 23 Disember 2010.
  17. ^ a b Tom Bramwell (27 Januari 2011). "PSP2 unveiled: Next Generation Portable". Eurogamer. Dicapai pada 27 Januari 2011.
  18. ^ Ben Parfitt (3 Mac 2011). "Sony tempers NGP power claims". Market for Home Computing and Video Games. Intent Media. Dicapai pada 4 Mac 2011.
  19. ^ Michael McWhertor (2 Mac 2011). "Sony's New NGP Isn't Quite As Powerful As A PS3, Despite What You've Heard". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  20. ^ Dave Tach (29 Oktober 2015). "PlayStation Vita may die childless, but it changed Sony in time for the PS4". Polygon. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  21. ^ Christopher Grant (3 Mac 2011). "NGP games will come on 2GB and 4GB cards (with higher capacity game cards being released in the future), with room for save data, patches". Joystiq. Dicapai pada 5 Mac 2011.
  22. ^ "Sony Next Generation Portable (NGP) GDC panel – Gallery". Joystiq. 3 Mac 2011. Dicapai pada 5 Mac 2011.
  23. ^ "NGP becomes PlayStation Vita". Eurogamer. 7 Jun 2011. Dicapai pada 7 Jun 2011.
  24. ^ Schramm, Mike (6 April 2011). "Sony Japan denies any earthquake-related NGP delays". Joystiq. Dicapai pada 9 April 2011.
  25. ^ a b Ivan, Tom (4 Ogos 2011). "PlayStation Vita release date is 2011 in Japan, 2012 in US and Europe". Computer & Video Games. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-26. Dicapai pada 14 September 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  26. ^ a b "Get Your Hands on PS Vita Early with the First Edition Bundle". PlayStation Blog (blog). Sony. 27 Oktober 2011. Dicapai pada 27 Oktober 2011.
  27. ^ Colin Moriarty (14 September 2011). "TGS: Sony Reveals Vita's Release Date". IGN.
  28. ^ Gloria Sin. "Sony reveals 26 PS Vita launch titles for Japan". ZDNet.
  29. ^ "PlayStation Vita Launch Lineup and Details". 22 Disember 2011. Dicapai pada 12 Julai 2013.
  30. ^ Keith Stuart. "PlayStation Vita – the essential guide". the Guardian.
  31. ^ "PS Vita sales to top 12.4 million with price cut - Research firm". GameSpot.
  32. ^ "PlayStation Vita sales see 78% drop during Christmas week - GamesBeat - Games - by Stefanie Fogel". VentureBeat. Dicapai pada 21 Januari 2017.
  33. ^ "Report: Wii U, Vita continue poor US sales performance in March". Ars Technica.
  34. ^ "Sony updates PS Vita sales figures: 'over 1.2 million units worldwide', 2 million in software". Engadget. AOL. 28 Februari 2012. Dicapai pada 22 Mei 2017.
  35. ^ Stuart, Keith (4 Januari 2013). "PlayStation 2 manufacture ends after 12 years". The Guardian. Dicapai pada 21 Januari 2017.
  36. ^ a b Colin Moriarty (17 Disember 2013). "PlayStation Vita: Two Years Later". IGN.