Play Boy merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1967. Filem Play Boy diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Play Boy
PengarahNordin Ahmad
PenulisNordin Ahmad
DibintangiNordin Ahmad
Rosnani Jamil
Mustapha Maarof
Tony Kassim
SinematografiHitam Putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1967
Masa tayangan
95 Minit
Negara Singapura
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Play Boy diarah oleh Nordin Ahmad pada 1967.

Ringkasan sunting

Pergaduhan sering berlaku diantara dua kumpulan yang diketuai oleh Nordin dan Mustafa. Latifah (teman wanita Nordin) dan ibunya menasihati Nordin agar berubah sikap dan menjadi orang yang baik. Nordin sedar akan kesilapan dan berjanji ingin berubah. Nordin dan kawan-kawannya mahu mencari kerja dan ingin menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Nordin bercadang ingin mengusahakan sebuah restoran milik Rahim yang tidak lagi beroperasi. Tetapi Nordin tidak mempunyai modal yang cukup. Dia berusaha pelbagai cara untuk mencari modal tetapi tidak berjaya. Nordin mempunyai pendirian hidup yang kuat iaitu tidak mahu meminta bantuan daripada perempuan. Latifah merupakan anak orang kaya ingin membantu Nordin tetapi Nordin menolak pertolongan Latifah.

Tanpa pengetahuan Nordin, Latifah meminta bantuan ayahnya untuk memberi modal kepada Nordin dengan bantuan Rahim. Akhirnya Nordin dan kawan-kawannya berjaya mengusahan restoran tersebut. Rahsia Latifah terbongkar apabila Rahman (anak saudara Rahim) telah memberitahu cerita sebenar kepada Nordin.

Pelakon sunting

Trivia sunting

Watak Latifah sebenarnya ingin diberi kepada seniwati Latifah Omar. Tetapi oleh kerana Latifah Omar baru selesai kontrak dengan Cathay-Keris, tempat tu di gantikan oleh Seniwati Rosnani Jamil.

Pautan luar sunting