Pluralisme agama

Pendirian menyokong kewujudan bersama secara aman dan kepelbagaian kepercayaan rohani

Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:

  • Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
  • Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
  • Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
  • Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.
Pluralisme agama

Pandangan agama tentang pluralisme sunting

Kristian sunting

Sesetengah orang Kristian[1] berpendapat bahawa pluralisme agama adalah konsep yang tidak sah atau bercanggah dengan diri sendiri.

Bentuk maksima pluralisme agama mendakwa bahawa semua agama adalah sama benar, atau bahawa satu agama boleh benar untuk sesetengah dan yang lain untuk yang lain. Kebanyakan orang Kristian menganggap idea ini secara logiknya mustahil daripada Prinsip percanggahan.[2] Dua cawangan Kristian terbesar, Gereja Katolik dan Gereja Ortodoks Timur, kedua-duanya mendakwa sebagai "satu gereja yang benar" dan bahawa "di luar Gereja yang benar tidak ada penyelamatan"; Walau bagaimanapun, Protestantisme, yang mempunyai banyak denominasi berbeza, tidak mempunyai doktrin yang konsisten dalam hal ini, dan mempunyai pelbagai pendirian berbeza berkenaan pluralisme agama.

Islam sunting

Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum wa liya diin atau untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) (Al Kaafiruun:6).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Why Jesus? Article stating that Jesus is the saviour and not Mohammed or Buddha—see second part of this article.
  2. ^ Defending Salvation Through Christ Alone Diarkibkan 2009-10-03 di Wayback Machine Oleh Jason Carlson, Christian Ministries International