Mohd Fauzi Ahmad (1954 – 12 Jun 2020) atau lebih terkenal sebagai Poe atau Poe Rampa merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan kartunis Malaysia. Beliau ialah salah seorang ahli kumpulan Rampa yang turut dianggotai oleh Zainal Rampa yang terkenal dengan karya berunsur kritikan sosial.[1] Sebagai penyanyi solo, beliau terkenal dengan lagu nyanyiannya, "Ala La La Tok (Jangan Saman)". Poe juga pernah menjadi kartunis untuk majalah Gelihati pada 1980-an.[2]

Poe
Nama lahirMohd Fauzi bin Ahmad
Juga dikenali sebagai
Poe Rampa
Kelahiran1954 (1954)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia12 Jun 2020 (berumur 65–66)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, kartunis
Instrumen
Tahun aktif1980–2020
Pengkarya berkait
Rampa

Kerjaya sunting

Poe memulakan kerjaya awal sebagai kartunis di majalah Gelihati untuk tempoh singkat.[3] Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau menubuhkan kumpulan Rampa pada 1984 yang turut dianggotai oleh Zainal Rampa yang merupakan pengasas dan vokalis asal kumpulan Search. Rampa menikmati kejayaan dalam industri muzik apabila berjaya merakamkan tiga album studio dan beberapa lagu popular. Selepas Rampa dibubarkan, Poe meneruskan kerjaya muzik secara solo. Pada tahun 1992, beliau merakamkan sebuah album raya bersama Sabri Yunus dan Ahmad Busu di bawah Sony Music Malaysia.[4]

Beliau merakamkan album solo pertamanya, Sahabat pada 1994 yang mempertaruhkan lagu "Ala La La Tok" sebagai single pertama. Lagu ini pernah diharamkan daripada penyiaran oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[5] Beliau juga aktif membuat persembahan bersama kumpulan The Retired Stoner.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah berkahwin dengan Nor Aisyah Zakaria dan dikurniakan lima anak yang mana seorang daripadanya telah meninggal dunia.[7]

Sakit dan kematian sunting

Poe pernah dimasukkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 1 Mac 2016 akibat serangan angin ahmar.[8] Beliau sebelum ini juga dimasukkan ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan selepas mengadu sakit. Poe juga pernah mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak dan pernah dimasukkan ke hospital dua tahun sebelum itu, tetapi keadaannya stabil.[2]

Beliau meninggal dunia di usia 64 pada 12 Jun 2020 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi buah pinggang dan masalah jantung.[7] Sebelum menerima rawatan di HKL, beliau dimasukkan di Hospital Selayang kerana penyakit sama, sebelum dibenarkan pulang ke rumah selepas lima hari mendapat rawatan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak pada hari yang sama.[7][9]

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Sahabat (1994)
  • Buat Apam Balik (1995)

Album kompilasi sunting

  • Koleksi Reggae (1992)

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (31 Julai 2014). "Penyanyi rege, Poe anggap industri muzik Malaysia sudah mati". mStar Online. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  2. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (12 Jun 2020). "Poe Rampa meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  3. ^ "Penyanyi Poe meninggal dunia". Malaysiakini. 12 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  4. ^ Muhammad Yusuf Ibrahim (13 Jun 2020). "Kematian Poe di 'hari mulia', rakan imbau bakat dalam bidang kartun, muzik". ProjekMM. The Malay Mail. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  5. ^ Jenney Juanis (2 September 1994). "Poe kecewa Ala la la la Latuk digam". Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  6. ^ Rodhly Fadly (30 Oktober 2017). "Poe, Zainal kembali 'beraggae'". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  7. ^ a b c Wawann Mohd (12 Jun 2020). "Penyanyi Alalala Tok, Poe meninggal dunia". SinarPlus. Sinar Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  8. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Mac 2016). "Poe terlantar di PPUKM". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Jun 2020). "Penyanyi reggae, Poe meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.

Pautan luar sunting