Poh Ling Yeow
Poh Ling Yeow (Bahasa Cina: 杨宝玲 ; pinyin: Yáng Bǎolíng[2] lahir 1973) ialah seorang chef, artis, pelakon, pengarang dan penyampai televisyen Australia berkelahiran Malaysia.
Poh Ling Yeow | |
---|---|
Kelahiran | 1973 (umur 50–51) |
Warganegara | Malaysia |
Kerakyatan | Australia |
Pendidikan | Sarjana Muda Reka Bentuk |
Pusat pendidikan | University of South Australia |
Pekerjaan |
|
Pangkat | Naib juara, MasterChef Australia (siri 1) |
Pasangan | Jono Bennett (k. 2014) Matt Phipps (cerai)[1] |
Laman web rasmi | pohlingyeow.com Poh & Co. Poh's Kitchen Jamface by Poh |
Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, dari keluarga Cina generasi kelima, Yeow bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas.[3] Dia berhijrah ke Australia pada usia 9 tahun dengan ibu bapa dan abangnya, akhirnya menetap di Adelaide, Australia Selatan.[4] Setelah menghadiri Seymour College dan kemudian University of South Australia (di mana dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk ),[5] Yeow bekerja sebagai pereka grafik, pengilustrasi dan artis solek.
Yeow memakai nama Barat Sharon[6][7] hingga usia 25 tahun, tetapi kembali ke Poh Ling untuk merangkul warisan budaya.[8] Dia menjadi artis profesional sepenuh masa pada tahun 2002.[9]
MasterChef Australia
suntingYeow terpilih dalam 20 peserta terbaik untuk siri pertama MasterChef Australia dari lebih 7000 orang pemohon.[10] Persaingan dan penyingkiran bermula pada Mei 2009. Yeow tersingkir pada 18 Jun 2009 ketika dia salah meneka ramuan di minestrone.[11] Beliau salah satu daripada tiga peserta yang tersingkir yang dibenarkan untuk kembali ke program pada 1 Julai 2009.[12] Beliaubertahan dalam penyingkiran dan mara lebih jauh untuk bersaing di peringkat akhir pada 19 Julai 2009 menentang Julie Goodwin.[13] Goodwin memenangi gelaran itu, dengan naib juara menjadi milik Yeow.[14]
Pada tahun 2019, Yeow kembali ke MasterChef Australia sebagai mentor, berkongsi peranan dengan naib juara musim kelapan, Matt Sinclair dan pemenang musim ketujuh, Billie McKay.[15]
Pada tahun 2020, Yeow akan kembali ke MasterChef sebagai peserta dalam Back to Win.[16]
Rujukan
sunting- ^ Hornery, Andrew (26 March 2015). "Private Sydney: Chef Poh Ling Yeow invites cameras into her home". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 14 July 2018.
- ^ "反种族歧视专员称亚裔澳人缺失公共形象". ozdaily.net. Dicapai pada 14 July 2018.
- ^ D'Cruz, Neville (2009-07-20). "Malaysian-born Yeow Wins Aussie Hearts In Cooking Contest". bernama.com. Dicapai pada 2009-07-24.
- ^ Davies, Nathan (2009-07-11). "Poh dishes up her MasterChef secret". news.com.au. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "UniSA Alumni Awards". UniSA Alumni Awards. Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ "Masterchef Poh Ling Yeow's secret past". news.com.au. 2009-07-25. Dicapai pada 2009-07-26.
- ^ Thompson, Peter. "Talking Heads-Poh Ling Yeow". Australian Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2011. Dicapai pada 2 May 2011.
- ^ McDonald, Patrick (2006-02-11). "Little China girl". The Advertiser. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "Poh Ling Yeow". libbyedwardsgalleries.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2009. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ Knox, David (2009-01-11). "7000 apply to become MasterChef". tv.com. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "MasterChef's Poh Ling Yeow eliminated from the show". news.com.au. 2009-06-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2009. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "Booted MasterChef Poh Ling Yeow love life heats up with crew guy". news.com.au. 2009-07-02. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ Clune, Richard (2009-07-19). "MasterChef final expected to draw record television audience". news.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2009. Dicapai pada 2009-07-19.
- ^ "MasterChef winner named". news.com.au. 2009-07-19. Dicapai pada 2009-07-19.
- ^ [https://tvtonight.com.au/2019/04/returning-masterchef-australia-8.html}
- ^ Knox, David (19 February 2020). "MasterChef Australia 2020: meet the cast". TV Tonight. Dicapai pada 19 February 2020.