Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti

Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan dan skrip oleh Sabri Yunus dan merupakan kesinambungan daripada telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati (2018). Siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 21 Mac sehingga 14 April 2022.[1][2]

Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti
Genre
PenciptaSabri Yunus
Ditulis olehSabri Yunus
PengarahSabri Yunus
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pok Ya Cong Codei"
Lagu penutup"Pok Ya Cong Codei"
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifZaleha Ali
PenerbitSaidi Sabri
Penyunting
  • Salman Shaharuddin
  • Ahmad Yamashita Zami
  • Mohd Syauqee Md Radzi
  • Hafiz Naim
  • Aiman Hakim Md Wazir
  • Amirul Faizul
  • Rolian Michael
  • Kamal Irfanudin Kamarudin
  • Muhd Jabbar Ariffin
  • Hafizul Fiqri Mazlan
Lokasi
SinematografiShah Faizul Ibrahim
Tempoh siaran40–45 minit
Syarikat penerbitan
  • Heritage Movies
  • Porcupine Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal21 Mac 2022 – 14 April 2022

Premis sunting

Selepas Siti menghilangkan diri, Pok Ya tidak pernah berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya. Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya menuju ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Selepas kejayaan telefilem Pok Ya Cong Codei dan kesinambungannya, Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati, Sabri Yunus mengutarakan ideanya dengan menghasilkannya dalam bentuk drama bersiri. Sabri menjelaskan pembikinan drama rantaian itu dibuat atas permintaan peminat termasuk stesen penyiar.[2] Dalam satu temubual eksklusif bersama Berita Harian pada Disember 2021, beliau berkata:

"Tidak dinafikan saya banyak menerima pertanyaan penonton yang mahu drama Pok Ya Cong Codei disambung. Mereka ingin tahu apa kesudahan terhadap watak Siti yang melarikan diri. Kebetulan stesen penyiar meminta saya menyambung kisah yang pernah dipaparkan dalam telefilem dan mahu diterbitkan dalam bentuk drama bersiri. Maka saya hasilkan skrip yang berkisar kepada apa yang berlaku selepas Siti menghilangkan diri. Untuk drama bersiri ini, cerita yang bakal diketengahkan ada konflik yang berlaku antara Pok Ya dan orang di sekelilingnya... Selebihnya kenalah tengok sendiri,".[2]

Untuk drama ini, beliau membawa dua pelakon hebat iaitu Eman Manan dan Farid Kamil yang membawa watak samseng. Turut berlakon ialah Angeline Tan dan Azizul Ammar. Sabri berkata, Eman dipilih kerana beliau perlukan pelakon yang lebih kurang sebaya dengannya, manakala Farid mempunyai nilai komersial, yang mana beliau percaya dengan bakatnya.[2] Turut berlakon dalam drama ini ialah Zee Khan Hussein yang sebelum ini pernah melakonkan watak Siti dalam Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati.

Penggambaran dijalankan pada Disember 2021 di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur dan mengambil masa 56 hari untuk disiapkan. Menurut Sabri, cabaran dihadapi ketika penggambaran di Kelantan ialah tidak banyak babak yang dapat dirakamkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.[2]

Siaran sunting

Pok Ya Cong Codei memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 21 Mac 2022.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "Pok Ya Cong Codei Memburu Siti". My Infotaip. 21 Mac 2022. Dicapai pada 9 April 2022.
  2. ^ a b c d e Farihad Shalla Mahmud (15 Disember 2021). "Pok Ya Cong Codei jadi drama bersiri". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2022.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Disember 2021). "Pok Ya Cong Codei kini drama bersiri". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2022.
  4. ^ Irwan Muhammad Zain (19 Mac 2022). "Sabri Yunus, Pok Ya Cong Codei dan dunia seniman". Astro Awani. Dicapai pada 9 April 2022.

Pautan luar sunting