Bunga matahari
Bunga matahari (Jawi: بوڠا ماتهاري , nama botani: Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam genus Helianthus keluarga Asteraceae[1][2] yang berasal dari benua Amerika dengan kepala bunga yang berkuntum besar.
Bunga matahari | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | H. annuus
|
Nama binomial | |
Helianthus annuus | |
Sinonim[1] | |
Sinonimi
|
Biji benihnya dimakan sebagai makanan ringan atau ditekan menjadi minyak masak. Pokok spesies ini juga ditanam sebagai hiasan.Ketinggian pokok tidak melebihi 5 meter.Daun pokok berbentuk orbikula. [3]
BotaniSunting
Pokok dan daunSunting
Pokok tumbuhan ini jenis herba. Batangnya kasar dan berbulu, ia biasa tumbuh setinggi 3 hingga 6 meter. Bunga matahari yang paling tinggi tumbuh sehingga 9.17 m.[4]
Sehelai daun pokok berukuran 12–26 sm panjang dan 101–20 sm lebar, daun-daun paling besar berdekatan pangkal batang bunga yang berbentuk lebar seperti jantung. Helainya mempunyai tepi bergerigi dan permukaan yang kasar. Daun-daun pokok disusun berselang-seli.[2]:90[5]
BungaSunting
Pokok spesies berbunga dari bulan Jun hingga bulan September.[5]:379 Bunga matahari liar menghasilkan banyak ranting kuntum di habitatnya. Walau bagaimanapun, bunga matahari yang ditanam di ladang sering mempunyai satu kuntum bunga sahaja atas batangnya.
Kuntum bunga yang muncul terdiri daripada sejambak anak bunga ceper berkelopak lima dan berwarna perang kemerahan. Jambak ini berbentuk cakera dengan garis pusat 7.5 hingga 12.5 sentimeter dan dikelilingi anak-anak bunga ruji yang besar; anak-anak bunga ini tidak setangkup, mandul dan tercantum kelopaknya menyerupai ranggi berwarna kuning emas,[5]:378[2]:90 jingga atau merah. Cakera kuntum bunga matahari boleh mencapai garis pusat selebar 30 sm dengan benih-benih yang cukup besar.
BuahSunting
Buahnya besar 1–2 sm panjang dan berbentuk bujur, kulitnya berbelang hitam dan putih.
KegunaanSunting
Biji dalam buahnya boleh dikupas dan dimakan terus atau dipanggang dan dibubuh garam. Isinya boleh dikisar menjadi tepung yang digunakan dalam masakan atau ditekan menjadi minyak. Jambak bunga yang muda boleh dimakan seperti sayur yang boleh dibuat lauk.[2]:92
GaleriSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Helianthus annuus L. Sp. Pl. : 904 (1753)". World Flora Online. World Flora Consortium. 2022. Dicapai pada 30 November 2022.
- ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 33, 90–93. ISBN 9789676118929.
- ^ Tumbuhan RENEK BERBUNGA. Tmn Perindustrian BKT Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan: PCT SDN BHD. 2022. m/s. 22. ISBN 983-2316-97-9.CS1 maint: location (link)Tumbuhan RENEK BERBUNGA. Tmn Perindustrian BKT Serdang,43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan: PCT SDN BHD. 2002. m/s. 22. ISBN 983-2316-97-9.CS1 maint: location (link)
- ^ "Tallest Sunflower". Rekod Dunia Guinness. Guinness World Records Limited. Dicapai pada 30 November 2022.
- ^ a b c Spellenberg, Richard (2001) [1979]. National Audubon Society Field Guide to North American Wildflowers: Western Region (ed. disemak). Knopf. m/s. 378–379. ISBN 978-0-375-40233-3.
Pautan luarSunting
- National Sunflower Association
- Send flowers to vietnam Sunflowers in Asian Countries
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sunflower. |