Buka menu utama

Wikipedia β

Cempaka Putih
White Champaca April 2009.JPG
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperm
(tanpa pangkat): Magnoliid
Order: Magnoliales
Keluarga: Magnoliaceae
Genus: Michelia
Spesies: M. alba
Nama binomial
Michelia alba
L.

Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka (atau nama genusnya Michelia) memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba)[1], warna kuning,dan warna merah (michelia champaca)[2]. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.

Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.

Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

Lihat jugaSunting

  1. Pokok Cempaka Carson Magnolia sp.
  2. Pokok Cempaka Hutan Gardenia carinata
  3. Pokok Cempaka Hutan Sabah Michelia montana

RujukanSunting