Pokok Damar Minyak
Pokok Damar Minyak adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Agathis bomeensis Warburg. [1] . Selain itu, nama saintifiknya juga menggunakan nama berikut:-
- Agathis beccarii Warb.
- Agathis beckingii Meijer Drees
- Agathis endertii Meijer Drees
- Agathis latifolia Meijer Drees
- Agathis macrostachys Warb.
- Agathis rhomboidalis Warb. [2]
Pokok Damar Minyak | |
---|---|
Pokok Damar Minyak | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | Pinophyta
|
Kelas: | Pinopsida
|
Order: | Pinales
|
Keluarga: | Araucariaceae
|
Genus: | Agathis
|
Spesies: | A. borneensis
|
Nama binomial | |
Agathis borneensis Warb.
|
Gambaran
suntingPokok Damar Minyak setinggi 50-55 meter dan dahan hingga 3.5 meter. Batangnya menghasilkan getah damar keemasan sekiranya ditoreh. Pokok matang biasanya menurut model Agathis dengan batang lurus (20-30 m) dengan rimbunan dahan dahan besar tegap aturan pertama. Warna batangnya pelbagai dari kelabu, perang muda, hingga hitam, lekukan kecil hingga bersisik nipis atau kasar, exfoliating dengan sedikit epiphytes. Daunnya separa bertentangan, tebal, coriaceous, hijau muda, berbeza-beza sungguhpun pada pokok yang sama, secara kasarnya berbentuk elliptic, akut pada pokok muda, sepanjang 2.5-14 cm, pada umumnya lebih besar pada pokok muda berbanding pokok matang, sekitar 3-10 lebih panjang berbanding lebar.
Habitat
suntingBiasanya tumbuh di tanah berpasir tidak subur hingga tanah gambut di hutan tertutup di mana ia kadang-kala mampu menjadi komponen menguasai puncak. Ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 1,200 meter. Debunga dan disebarkan melalui angin.
Taburan
suntingBorneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
Gasing terbesar di Malaysia yang dinamakan gasing Pedada, diperbuat dari kayu pokok Damar Minyak.[3]
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pokok Damar Minyak |