Sirih gading

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Pokok Duit-duit (Cina))

Sirih gading[2] (Jawi: سيريه ݢاديڠ; nama saintifik: Epipremnum aureum) ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Araceae yang berasal dari Mo'orea dari Kepulauan Masyarakat di Polinesia Perancis.[3] Spesies ini menjadi tanaman rumah terkenal di kawasan beriklim sedang tetapi turut diserapkan ke hutan tropika dan subtropika di seluruh dunia, termasuk utara Afrika Selatan,[4] Australia, Asia Tenggara, Asia Selatan, Kepulauan Pasifik dan Hindia Barat, yang mana mendatangkan sebilangan kerosakan ekologi dalam beberapa keadaan.[4]

Sirih gading
Kultivar Epipremnum aureum yang beraneka warna
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Epipremnum
Spesies:
E. aureum
Nama binomial
Epipremnum aureum
Sinonim[1]
  • Epipremnum mooreense
    Nadeaud, 1899
  • Pothos aureus
    Linden & André, 1880
  • Rhaphidophora aurea
    (Linden & André) Birdsey, 1963
  • Scindapsus aureus
    (Linden & André) Engl., 1908
Sirih gading atau pokok duit

Tumbuhan ini disebut golden pothos, Ceylon creeper, hunter's robe, ivy arum, money plant, silver vine, Solomon Islands ivy, marble queen dan taro vine dalam bahasa Inggeris. Ia kadang-kadang disalahlabelkan menjadi Philodendron, Pothos dan Scindapsus oleh kedai tanaman. Ia sering dipanggil pokok duit (money plant) di banyak belahan di benua kecil India.[5]

Penerangan sunting

Sirih gading ialah sejenis akaran yang tumbuh sehingga 20 m (66 ka) tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 cm (2 in) diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang mendakap pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun mudanya menyeluruh dan tumbuh sehingga 20 cm (8 in) panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 cm (39 in) panjang dan berbentuk lelipan (pinnatifid), iaitu mempunyai lekuk sehingga ke tulang daun. Bunga sirih gading membentuk jambak bunga sehingga 23 cm (9 in) panjang, tetapi jarang ditemukan di Malaysia dan Singapura.

Penanaman dan kegunaan sunting

Sirih gading ialah sejenis tanaman hiasan rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat-pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan ia amat lasak dan tidak memerlukan banyak penjagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan mampu untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.[perlu rujukan]

Sebagai pokok hiasan rumah, sirih gading boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan pada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Sirih gading menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya terasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh ketika musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini ialah pokok yang tegap dan dapat bertahan dalam mana-mana keadaan. Sirih gading boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.[perlu rujukan]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan sunting

  1. ^ "Epipremnum aureum (Linden & André) G.S.Bunting". The Plant List. 2013. Dicapai pada 2015-02-28.
  2. ^ Faizal Zain (20 Mei 2017). "Sirih gading tahan lasak". Harian Metro. Dicapai pada 2022-04-09.
  3. ^ "Epipremnum aureum - Plant Finder". www.missouribotanicalgarden.org. Dicapai pada 2021-05-10.
  4. ^ a b "Assessing and managing the threat posed by Epipremnum aureum in South Africa". South African Journal of Botany (dalam bahasa Inggeris). 109: 178–188. 2017-03-01. doi:10.1016/j.sajb.2016.12.005. ISSN 0254-6299.
  5. ^ "बरकत के साथ नुकसान भी कर सकता है मनी प्लांट, जानिए कैसे". Live Hindustan (dalam bahasa Hindi). Dicapai pada 2017-02-10.

Pautan luar sunting