Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung[1] adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale[2][3] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae.

Gajus
Cashew apples.jpg
Buah gajus yang sudah sedia untuk dituai.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. occidentale
Nama binomial
Anacardium occidentale

Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam masyarakat peribumi sana untuk mendapatkan bijinya. Buah ini kemudian tersebar ke Dunia Lama melalui penjelajahan orang Portugis dari kawasan tersebut ke Goa sekitar tahun 1560-an, dari situlah ia tersebar ke Asia Tenggara dan Afrika.

PenamaanSunting

"Gajus" merupakan pinjaman Bahasa Portugis: cajus atau bentuk tunggalnya caju;[4] ia serapan perkataan bahasa Tupi acajú yang ditafsirkan bermaksud "kacang yang terhasil sendiri" (nut that produces itself),[5] namun ia juga difikir datang dari penyerapan acaiú dalam bahasa sama dibentuk daripada a- ("buah", fruto) + ´ác- ("mengeluarkan", que trava) + aiú- ("serat", fibroso) lalu diertikan sebagai "buah yang mengeluarkan serat" (fruto que trava fibroso).

Nama "jambu golok" pula datang daripada bentuk bijinya di luar pudung buah yang membengkok seperti hulu golok.

Ciri-ciri botaniSunting

 
Lukisan botani gajus.

Ia pokok malar hijau sederhana besar setinggi 8-12 m, bercabang banyak, kanopi terbuka. Batang melengkung, berkayu, bergetah. Dedaun ia tunggal dan sederhana besar bersusunan berselang-seli, bertangkai, berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, urat daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat, licin, urat sisi jelas kelihatan.

Bunga kecil kedua-dua berputik yang jantan dan betina tersusun dalam jambak yang keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Bunga yang telah disenyawakan akan menghasilkan buah jenis drup terlebih dahulu[5] berbentuk ginjal dan keras terhasil berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang. Pudung yang memegang bunga asal atau hipokarpium[6] pula kemudian mengembang[5] dan menghijau sebelum bertukar warna menguning atau memerah setelah matang - pudung ini sering disalah sangka sebagai buah.

KegunaanSunting

Biji atau kacangSunting

Buah gajus yang adalah sejenis yang boleh didapati Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang, malah ia sendiri dimasak dan dimakan seumpama kacang sebagai makanan ringan baik digoreng atau dipanggang untuk dijual di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih.

Bijinya mempunyai getah berbisa yang boleh mengakibatkan kudis. Maka, biji-biji ini perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum ia dapat dimakan.

Pudung buahSunting

Pudung buah tumbuhan ini lembut dan sarat berair, ia tidak sahaja boleh dimakan malah sering digunakan sebagai sayur dalam masakan.

Bahagian lainSunting

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.

KhasiatSunting

Buah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur.[perlu rujukan] Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah.[perlu rujukan]

GaleriSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ VOLUME II - SUPPORTING STUDIES AND ADDITIONAL INFORMATION FOR THE MANAGEMENT OF PENANG NATIONAL PARK
  2. ^ VOLUME II SUPPORTING STUDIES AND ADDITIONAL INFORMATION FOR THE MANAGEMENT OF PENANG NATIONAL PARK
  3. ^ Dewan Kosmik
    Tumbuh-Tumbuhan Penyebab Dermatitis
  4. ^ Muzzi, Geraldo Affonso (2014). The Portuguese in Malay Land. Ediçoes Vercial. m/s. 92.
  5. ^ a b c Morton, Julia F (1987). Cashew apple, Anacardium occidentale L. Fruits of warm climates, Julia F. Morton. Center for New Crops and Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University, W. Lafayette, IN. halaman 239–240. ISBN 978-0-9610184-1-2. Diarkib daripada yang asal pada 2007-03-15. Dicapai pada 2007-03-18.
  6. ^ Varghese, T.; Pundir, Y. (1964). "Anatomy of the pseudocarp in Anacardium occidentale L.". Proceedings of the Indian Academy of Sciences, Section B. 59 (5): 252–258.