Pokok Ipecacuanha ialah sejenis tumbuhan berbunga daripada famili Rubiaceae yang berasal dari Brazil. Akar pokok ini sering digunakan untuk membuat sirap ubat muntah yang kuat. Tumbuhan ini telah diberikan berbagai-bagai nama saintifik oleh pelbagai ahli botani, termasuknya Psychotria ipecacuanha, Cephaelis acuminata, Cephaelis ipecacuanha, dan Uragoga ipecacuanha.

Pokok Ipecacuanha
frames
Pengelasan saintifik

Pokok Ipecacuanha diperkenalkan di Eropah pada tahun 1672 oleh seorang penggembara yang bernama Legros. Legros mengimport sebilangan akar ke Paris di Perancis dari Amerika Selatan. Pada tahun 1680, seorang pedagang Paris yang bernama Garnier mempunyai kira-kira 150 paun (68 kilogram) bahan itu dan memberitahu Helvetius, seorang pakar perubatan tentang keberkesanan akar ini untuk mengubati penyakit disenteri. Helvesti diberikan hak tunggal oleh Louis XIV untuk menjual ubat ini, tetapi beliau menjual rahsia itu kepada kerajaan Perancis yang mengumumkan formulanya pada tahun 1688.


Perubatan sunting

Bahagian Pokok Ipecacuanha yang digunakan untuk perubatan ialah akarnya. Bentuk akarnya mudah atau terbahagi kepada beberapa cabang, berliku-liku, dan setebal dengan pelepah angsa. Akar itu terdiri daripada cecincin dalam berbagai-bagai saiz, dan kelihatan seolah-olah digulung pada tali pintal. Akar itu berisi ketika segar. Kesemua jenis yang dijual (kelabu, merah, coklat) datangnya daripada tumbuhan yang sama, dan perbezaannya hanya disebabkan oleh usia pokok, cara pengeringan, dan sebagainya.

Pokok Ipecacuanha amat berguna sebagai ubat muntah apabila perut perlu dikosongkan ketika menghidapi penyakit yang menyebabkan seluruh badan menjadi lemah. Sebagai ubat untuk merawat rasa loya, ekspektoran, dan diaforetik yang mempunyai kuasa untuk meningkatkan perspirasi, akar Ipecacuanha dipreskripsikan untuk mengubati bronkitis serta gangguan-gangguan yang memerlukan peningkatan tindakan-tindakan kulit. Ubat-ubatnya yang paling berguna ialah sirap ipekak (juga dikenali sebagai "wain ipecacuanha") dan serbuk Dover.

Tumbuhan yang serupa sunting

Pokok Ipecacuanha ialah sejenis tumbuhan yang bertumbuh dengan perlahan, dan disebabkan ciri itu, daya penarik komersilnya sebagai sejenis tanaman dikurangkan. Pokok ini jarang ditanam di Amerika Selatan, tetapi telah ditanam di India dan tempat-tempat yang lain. Pelbagai jenis tumbuhan telah digunakan sebagai penggantinya.

Amalan-amalan penamaan botani berbeza-beza dan berubah secara pesat. Oleh itu, senarai teritlak yang berikut terdiri daripada nama tumbuhan-tumbuhan yang pernah digunakan sebagai pengganti untuk Pokok Ipecacuanha, tetapi mungkin tidak digunakan lagi.

  • Tylophora asthmatica: digunakan di India dan untuk "Pokok Simbukan" di Malaysia
  • Cephaelis ipecacuanha: digunakan di Brazil untuk "Ipecacuanha Brazil", atau "Ipecacuanha Rio"
  • Cephaelis acuminata: digunakan di Colombia untuk "Cartagena" atau "Ipecacuanha Colombia".
  • Euphorbia ipecacuanhae: digunakan di Amerika Utara untuk "Ipecacuanha Liar".
  • Sarcostemma glacum: digunakan di Venezuela untuk tumbuhan daripada famili Asclepiadaceae
  • Gillenia stipulata: juga digelarkan "Ipekak Amerika"
  • Richardsonia pilosa, Richardsonia rosea, Psychotria emetica dan berbagai-bagai spesies Ionidium.