Jarum tujuh bilah

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Pokok Jarum Tujuh Bilah)

Jarum tujuh bilah, jarum tujuh, duri tujuh, jarum bintang tujuh dan pokok kanser (Leuenbergeria bleo sin. Pereskia bleo)[3][4][5] ialah spesies kaktus berdaun yang tempatan dari hutan lembap teduh di Amerika Tengah, yang tumbuh menjadi kayu renek berduri sekitar 2 m tinggi dengan bunga besar jingga, menyamai mawar.

Jarum tujuh bilah
جاروم توجوه بيله
Jarum tujuh bilah, Pereskia bleo.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Order: Caryophyllales
Keluarga: Cactaceae
Genus: Leuenbergeria
Spesies:
L. bleo
Nama binomial
Leuenbergeria bleo
(Kunth) Lodé[2]
Sinonim[2]
  • Cactus bleo Kunth
  • Pereskia bleo (Kunth) DC.
  • Pereskia corrugata Cutak
  • Pereskia cruenta Pfeiff.
  • Pereskia panamensis F.A.C.Weber
  • Rhodocactus bleo (Kunth) F.M.Knuth
  • Rhodocactus corrugatus (Cutak) Backeb.

Ia merupakan tumbuhan lasak yang mudah membiak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Pokok ini juga mudah dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya akan gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh apabila air mencukupi. Di sepanjang batangnya terdapat tompokan duri yang meruncing tajam, membuatkan ia dipanggil 'jarum tujuh bilah'. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.[6]

Morfologi sunting

Jarum tujuh bilah ialah renek separa berkayu, berukuran besar dan boleh tumbuh sehingga 2-8 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batangnya lembut berwarna hijau ketika muda, bertukar perang setelah tua dan mempunyai tompokan duri panjang yang halus bak jarum berhampiran tangkai daun. Daunnya tunggal, tersusun berpilin, berbentuk bujur dengan hujung serta pangkalnya tirus; pucuk berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, dengan permukaan berkilat dan mudah bertunas.[3]

Bunganya pula tunggal, berukuran sederhana besar, keluar di hujung dahan, mempunyai ranggi yang berlapis-lapis, dan berwarna jingga, merah tua atau ungu. Buahnya sederhana besar, berbentuk bulat  dan leper di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, dan mengandungi beberapa benih hitam berukuran sederhana besar.[3]

Taburan dan habitat sunting

Leuenbergeria bleo ditemukan di sepanjang sungai dan aliran di Panama dan Colombia seperti di hutan kedua dari aras laut ke ketinggian 1300 meter.

Senarai Merah Spesies Terancam IUCN menyenaraikan spesies ini selaku 'kurang membimbangkan' (LC).[1]

Khasiat sunting

Kandungan sunting

Daunnya mengandungi kandungan air, serat, karbohidrat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin.[perlu rujukan]

Perubatan tradisional sunting

Tumbuhan ini dipercayai dapat mengubati penyakit barah semacam barah usus besar dan hidung. Ia turut dipakai untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang, sakit kepala dan lenguh badan. Kajian mendapati yang ekstrak daun tumbuhan ini dapat merencatkan pertumbuhan dan membunuh sel barah.[3][7]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Griffith, P.; Gann, G.D.; Nassar, J. (2017). "Pereskia bleo ". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 2017: e.T152000A121574961. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T152000A121574961.en.
  2. ^ a b "Leuenbergeria bleo (Kunth) Lodé". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  3. ^ a b c d Beng Jin Chee (Oktober 2010). "Herba : Ekstrak Jarum Tujuh Bilah Membunuh Sel Kanser". Dewan Kosmik. No. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 48. Dicapai pada 2022-09-23.
  4. ^ Pereskia bleo. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/55531. [Didapatkan kembali 23 September 2022]
  5. ^ Ahmad Fuad Morad. "Pereskia bleo (Kunth) DC". Dicapai pada 2022-09-25.
  6. ^ Andry@Daun (4 Mac 2010). "Daun Tujuh Bilah". Dedaun Alam. Dicapai pada 2022-09-23.
  7. ^ Siti Farhanah Mohd-Salleh (2020). "Pereskia bleo Leaves Extract Induces Cell Death via Cell Cycle Arrest and Apoptosis in Cervical Cancer Cells HeLa". Nutrition and Cancer. 72 (5): 1-9. doi:10.1080/01635581.2019.1654530.

Pautan luar sunting