Pokok Jemerlang Laut

Jemerlang laut atau batai laut merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botani pokok Jemerlang Laut adalah Peltophorum pterocarpum Baker. [1][2][3]

Jemerlang laut
Batai laut
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. pterocarpum
Nama binomial
Peltophorum pterocarpum
(DC.) K. Heyne

Silara ia yang rendang, berawak anggun, dan berbunga indah semarak digemari sebagai pokok hiasan. Tumbuhan ini kerap ditanam di taman-taman, serta sebagai peneduh tepi jalan.[2][3][4]

Nama-nama setempat rantau Nusantara lain antaranya:[5]

Gambaran sunting

 
Kudup, bunga, buah, daun dan tupai di Kolkata, India.

Tinggi pokok sekitar 50 kaki, daun berwarna hijau gelap (bipinat), bunga bewarna kuning keemasan atau coklat keunguan. Warna kulit coklat kekuningan. Ia banyak hidup liar di Indo-China hujung utara Australia.

Pohon jenis peluruh biasanya berukuran sedang (tinggi hingga sekitar 30 m), namun terkadang bisa mencapai 50 m; gemang batang hingga 70 cm. Kulit kayu tebal hingga 15 mm, merah jambu di dalam. Akarnya banir.[6]

Daun majemuk menyirip berganda, 6–16 inci panjangnya, dengan 5–11 pasang sirip; daun penumpu kecil bentuk garis, lekas tanggal. Anak daun 9–20 pasang pada sirip yang tengah; lonjong, 0,5–0,7 × 0,3 inci, hujungnya melekuk atau meruncing kecil, pangkalnya sangat tak simetris; agak seperti kertas, sisi bawah atau kedua-dua permukaan berambut amat halus.[3]

Perbungaan bentuk malai terminal, tegak, besar, hingga 18 inci; dengan sumbu berambut beledu cokelat kemerahan, dan daun pelindung yang lekas gugur. Diameter kuntum bunga sekitar 1,5 inci; mahkota kuning menggelombang, berambut cokelat di pangkalnya; benangsari kuning belerang dengan serbuksari berwarna jingga. Buah polong cokelat merah keunguan, 2,5–5,5 × 1 inci, berisi 1–5 biji.[3]

Kegunaan sunting

Pokok ini ditanam secara meluas di kawasan tropika sebagai pokok hiasan, terutamanya di India, Nigeria, Pakistan, dan Florida dan Hawaii di Amerika Syarikat.[4] Pokok-pokok telah ditanam secara berselang-seli di India sebagai skim yang sama untuk pokok jalan di India di selang dengan Pokok Semarak Api (Gulmohur) untuk memberikan kesan yang ketara kuning dan merah pada musim panas, seperti yang dilakukan di jalan Hughes di Mumbai.[7]

Dalam garoperhutanan, soga ditanam sebagai pohon peneduh, penahan angin, pengikat nitrogen, serta sebagai bahan mentah pembaja hijau. Soga juga ditanam sebagai tanaman pengisi di hutan-hutan tanaman jati dan mahoni. Di samping itu, daun-daunnya bisa dimanfaatkan sebagai pakan ternak, dan bunga-bunganya –di India– menghasilkan serbuk sari untuk budidaya lebah Trigona.[4]

Kayu sunting

Kayunya yang perang kemerahan atau kehitaman bermutu sedang, cukup keras dan agak berat digunakan untuk binaan ringan, perabut rumah, termasuk membuat kabinet,[8] atau ukir-ukiran. Soga juga menghasilkan kayu bakar.[4] Dedaunan digunakan sebagai makanan ternakan.[9]

Kulit kayunya perang dipanggil sogan biasa digunakan bagi menghasilkan warna kuning keperangan pada kain batik dari pedalaman Jawa dihasilkan daripada P. pterocarpum, yang dikenali di sana sebagai soga.[6][5]

Untuk membuat pewarna, kulit kayu soga dikeping menjadi potongan kecil-kecil dan direbus bersama beberapa bahan lain. Variasi warna diperoleh dengan mengatur komposisi bahan-bahan pencampur seperti kulit kayu tengar (Ceriops), kayu sejenis Maclura, kayu secang (Caesalpinia), kulit kayu tekik (Albizia lebbekoides), atau bahan-bahan lain.[2] Kulit kayu soga juga mengandung sekitar 17,7% tanin, yang digunakan sebagai bahan penyamak kulit atau sebagai ubar jala.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  2. ^ a b c Wulijarni-Soetjipto, N. & R.H.M.J. Lemmens, 1991. Peltophorum pterocarpum (DC.) Backer ex K. Heyne Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine. [Internet] Catatan dari Proseabase. R.H.M.J. Lemmens and N. Wulijarni-Soetjipto (Editors). PROSEA (Plant Resources of South-East Asia) Foundation, Bogor, Indonesia. Accessed from Internet: 09-Feb-2011
  3. ^ a b c d Whitmore, T.C. 1983. Leguminosae. in T.C. Whitmore (ed.). Tree Flora of Malaya 1: 267-268. Longman Mly., Sdn.Bhd.
  4. ^ a b c d ICRAF Agroforestry Tree Database: Peltophorum pterocarpum Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine. Diakses 10/02/2011
  5. ^ a b c Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 2. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 937–939.
  6. ^ a b Widianto, Eko (14 April 2014). "Malang Exhibits Royal Batik from Various Regions". Tempo. Dicapai pada 30 April 2014.
  7. ^ Blatter, Ethelbert; Millard, Walter Samuel (1977) [1937]. Some beautiful Indian Trees (ed. 2). Mumbai: Bombay natural History Society. m/s. 165.
  8. ^ McCann, Charles. (1966). 100 Beautiful Trees of India. (3/ed) Taraporevala, Mumbai. Pg 259.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan wafc tidak disediakan

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting