Pokok Remnia juga dikenali sebagai Remia, Gemia, Kundang, Kundang Daun Kecil, Kemior, atau Kundang Rumenia[1], [2] merupakan sejenis tumbuhan buah tropika yang digelar pokok Kundang yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Nama saintifiknya adalah Bouea oppositifolia (Roxb.) Adelb.

Pokok Remnia
frames
Pengelasan saintifik

Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga.

Ia biasanya jarang ditanam, dan biasanya hidup separuh liar, tumbuh liar di hutan-hutan tanah rendah. Pokoknya besar dan padat, sesuai dijadikan perlindungan tetapi lambat membesar. Buahnya seakan-akan buah kundang.

Buah masak rasanya masam-masam manis dan dimakan segar, buah muda terlalu masam dan biasanya dibuat jeruk atau acar.

Pokok menyerupai pokok Setar tetapi batangnya berwarna kelabu gelap hingga ungu keperangan dan ranting-ranting panjang dan kecil. Berbuah mengikut musim.

Dua jenis pokok Kundang adalah:-


Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting