Pokok Kundor
Pokok Kundor ialah sejenis pokok yang buahnya seperti buah tembikai atau labu tetapi warna kulitnya serba putih. Pokok kundor menjalar seperti labu.
Pokok Kundor | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
|
Buah kundor boleh dibuat gulai. Di Perak, kundor dijadikan halua, iaitu sejenis makanan yang manis. Kundor yang telah dihiris-hiris direndam dengan air gula, direbus beberapa hari dan akhirnya dinamakan halua.
Kundor tidaklah popular berbanding dengan labu. Halua kundor sekali-sekala sahaja dimakan. Itupun ketika hari raya atau ketika majlis perkahwinan. Halua kundor biasanya diukir seperti bentuk daun.