Tunjuk langit

(Dilencongkan dari Pokok Tunjuk Langit)

Tunjuk langit merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. Nama botaninya Helminthostachys zeylanica. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Helminthostachys. Ia punya beberapa nama daerah setempat Nusantara seperti jajalakan, rawu běkubang (Baratdaya Kalbar), ribu-ribu dan sayor manis (Mal.), pancar bumi, tapak jalak, manon, pakis hurang, pakis kalèr, cèkèr ayam (Sund.), dan buté-buté (Mak).[1]

Tunjuk langit
Pokok Tunjuk Langit
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Helminthostachys
Spesies:
H. zeylanica
Nama binomial
Helminthostachys zeylanica
(L.) Hook.

Tunjuk langit ("Helminthostachys zeylanica") merupakan sejenis pokok renek jenis resam. Tumbuhan ini menjalar dengan batangnya mempunyai diameter sehingga 1 cm, dan berwarna perang, lembut serta lurus. Manakala daunnya tersusun spiral dan berpelepah. Mempunyai tangkai spora yang panjang seperti benang dipintal, menunding ke langit dan mengeluarkan spora berwarna coklat susu.

Tunjuk langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.

Tunjuk langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar

Rujukan sunting

  1. ^ Heyne, Karel (1922). De nuttige planten van Nederlandsch-Indië (dalam bahasa Belanda). 1. Batavia: Ruygrok & Co. m/s. 20.

Pautan luar sunting