Pokok Ulam Raja
Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Pokok Ulam Raja | |
---|---|
![]() | |
Pokok liar | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. caudatus
|
Nama binomial | |
Cosmos caudatus | |
Sinonim[1] | |
|
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 18 kcal (75 kJ) |
Karbohidrat | 0.6 g |
Lemak | 0.4 g |
Protein | 2.9 g |
Air | 93.1 g |
- beta-karotena | 3568 μg (33%) |
Tiamina (vit. B1) | 0.13 mg (11%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.24 mg (20%) |
Vitamin C | 64.6 mg (78%) |
Kalsium | 270 mg (27%) |
Besi | 4.6 mg (35%) |
Magnesium | 50 mg (14%) |
Fosforus | 37 mg (5%) |
Kalium | 426 mg (9%) |
Zink | 0.9 mg (9%) |
ES Tee, MN Ismail, MA Nasir, I Khatijah, Nutrient Composition of Malaysian Foods. Malaysian Food Composition Database Programme, Institut Penyelidikan Perubatan, 1997. Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. |
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Herba ubatSunting
Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
GaleriSunting
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- * Tapak web PubMed oleh Perpustakaan Perubatan Nasional dan Institut-institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |