Pokok palma

Arecaceae atau Palmae (atau secara tidak sah disebut Palmaceae[1]) ialah satu famili pokok berbunga daripada susunan Arecales, yang sering disebut palma. Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di Indonesia, keluarga ini disebut suku pinang-pinangan atau aren-arenan[2].

Arecaceae
Pinang-pinangan
Manila dwarf coconut palm.jpg
Pokok kelapa, Cocos nucifera.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Arecaceae

Subkeluarga
Sinonim
  • Palmae

Dalam kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.

KegunaanSunting

Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya dan sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian.[3]

Genus penting dari segi ekonomiSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Palmaceae" ialah nama tak sah kerana nama Arecaceae (dan nama Palmae yang merupakan nama alternatif yang diterima, ICBN Perkara 18.5) diutamakan berbanding nama-nama lain untuk famili ini.
  2. ^ Adi Sucandra (24 September 2017). "Sejarah Kelapa" (dalam bahasa Indonesia): 1-10. Dicapai pada 16 Januari 2022. Kelapa (Cocos nucifera) adalah satu jenis tumbuhan dari suku aren-arenan atau Arecaceae dan... Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Seni taman dengan Pokok Palma di Mediterranean". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-21. Dicapai pada 2011-04-12.

Pautan luarSunting