Bunga telang

spesies tumbuhan berbunga
(Dilencongkan dari Pokok telang)

Bunga telang (Jawi: بوڠا تلـڠ), kembang telang, kacang telang (تلـڠtelang serapan Jawa ꦠꦼꦊꦁ​ têlêng "pusat"[1]) atau bunga biru (nama saintifik: Clitoria ternatea)[2][3] ialah spesies tumbuhan kekacang yang mempunyai bunga berwarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.

Bunga telang
Bunga dan daun telang
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Clitoria
Spesies:
C. ternatea
Nama binomial
Clitoria ternatea

Botani

sunting
 
Bentuk penuh bunga telang.[4]
 
Lenggai dan bunga mengkal hingga masak

Tumbuhan ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.[5]

Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan nama saintifiknya Clitoria.[6] Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana kandungan antosianin[7] tetapi ada juga bunga yang berwarna putih.[6] Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung pada cepu debunga.[6] Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga tumbuh berupa lenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10 biji benih.[5]

Kegunaan

sunting

Dalam makanan

sunting

Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu,[7][8] pulut dan mi;[8] malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut.[3] Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.[9] Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[10]

Tujuan lain

sunting

Bunga telang sering digunakan sebagai barang sembahyang penganut Hindu.

Ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan serta sebagai penggalak mengembalikan semula keadaan persekitaran tanah terbiar.

Galeri

sunting
 
Depan dan belakang
 
Clitoria ternatea, Isla Margarita, Venezuela
 
Teh Clitoria dalam kendi
 
Manisan Khao tom Thailand berwarna biru dengan bunga Clitoria ternatea
 
Bunga telang dengan kelopak susun, tampak cantik dan digunakan sebagai pewarna semula jadi.

Rujukan

sunting
  1. ^ en Roorda, Gericke (1901). "têlêng". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 14: Ta–TaLa. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 1: 677 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. KW. zva. pusêr, têngah, sênêng, sêm, Wk. KN. het midden of het diepst van iets; afgrond; ook naam van een klimop met lichtblauwe bloemen, Clitoria ternatea L., nat. fam. der Papilionaceae Fil., JZ. II, 266 (ook katêlêng, Tj. II, 646.
  2. ^ "bunga telang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b Noraida Arifin (2021). "Kacang Telang". Melur.com. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  4. ^ Pharmacopia Indica Awl
  5. ^ a b "Clitoria ternate". Floras of Pakistan. Dicapai pada 23 Jun 2021.
  6. ^ a b c Oguis, Georgianna K.; Gilding, Edward K.; Jackson, Mark A.; Craik, David J. (28 May 2019). "Butterfly Pea (Clitoria ternatea), a Cyclotide-Bearing Plant with Applications in Agriculture and Medicine". Frontiers in Plant Science. 10: 645. doi:10.3389/fpls.2019.00645. PMC 6546959. PMID 31191573.
  7. ^ a b Izhana Fitri M Rawi (13 Disember 2016). "Bagaimana Nasi Kerabu Mendapat Warna Biru?". Wonderblog. Petrosains. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  8. ^ a b "Khasiat Bunga Telang dan 6 Resipi Homemade Mudah Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ini". Rasa. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  9. ^ Goldberg, Elyssa (31 Januari 2016). "The Science Behind This Mesmerizing Color-Changing Tea". Bon Appétit. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  10. ^ Suhaidah Abd Wahab (14 Oktober 2019). "Amalan Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda Kulit Tegang Tak Berkedut!". Mingguan Wanita. Dicapai pada 23 Jun 2019.

Pautan luar

sunting