Polis Pengawal Pantai

(Dilencongkan dari Police Coast Guard)

Police Coast Guard ialah pasukan polis marin di Singapura. Tugas mereka yang utama ialah menjaga perairan negara terutamanya kapal-kapal kargo yang berlabuh di pelabuhannya iaitu antara pelabuhan tersibuk di dunia. Peranan mereka yang lain ialah mencegah penyeludupan, kemasukan pendatang haram dan menjaga rumah-rumah apinya.