Police Story

Police Story ialah filem aksi Hong Kong tahun 1985 yang diarahkan dan ditulis oleh Jackie Chan. Filem ini merupakan filem pertama dalam siri Police Story, Chan memegang watak sebagai Polis Hong Kong yang bernama Chan Ka-kui.

Police Story
Police Storyfilm.jpg
Poster filem Hong Kong
PengarahJackie Chan
Lakon layarJackie Chan
Edward Tang
Cerita olehGolden Way Creative Group
Dihasilkan olehRaymond Chow
Leonard Ho
DibintangiJackie Chan
Brigitte Lin
Maggie Cheung
Charlie Cho
Disunting olehPeter Cheung
Muzik olehMichael Lai
Tang Siu Lam
Syarikat
penerbitan
Golden Way Films Ltd.
Diedarkan olehGolden Harvest
Media Asia Group
Tarikh tayangan
14 Disember 1985
Durasi tayangan
101 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Pecah panggungHK $26,626,760

Police Story mendapat kejayaan yang sangat besar di Asia Timur. Filem ini memenangi anugerah filem terbaik di Anugerah Filem Hong Kong ke-5.

SinopsisSunting

Filem ini mengisahkan tentang pihak polis Hong Kong yang berusaha menangkap bos triad terkemuka Chu Tao namun selalu gagal kerana Chu itu sangat licik. Chan Ka-kui pun terlibat dalam operasi penangkapan bos triad tersebut. Berkat kegigihannya, Ka-kui akhirnya berjaya menangkap Chu Tao.

Sementara itu, pembantu rahsia Chu, Salina bersedia beraksi melawan Chu di Mahkamah, maka Ka-kui harus melindungi Salina dari ancaman geng Chu. Kedekatan Ka-kui dengan Salina itu membuatkan kekasih Ka-kui, May menjadi salah faham dan cemburu. Salina kemudian berubah fikiran sehingga tidak mahu menjadi saksi lagi dan lari dari pengawasan Ka-kui.

Lalu Ka-kui bingung dan mencari Salina sambil berusaha menyakinkan May bahawa tiada ada apa-apa diantaranya dengan Salina. Di samping itu, Chu Tao yang marah dan dendam kerana ditangkap Ka-kui menyuruh gengnya untuk memfitnah Ka-kui dengan tuduhan membunuh anggota polis lain yang tidak pernah dia lakukannya.

PelakonSunting

Lihat jugaSunting

Pautan LuarSunting