Polis bantuan

(Dilencongkan dari Polis "Auxiliary")

Polis bantuan ialah polis simpanan separuh masa dan merupakan salah satu sayap pertubuhan polis sesebuah negara untuk organisasi kerajaan dengan tugas melindungi kemudahan, harta benda, pekerja, pengguna dan pelawat tempat-tempat kerajaan. Mereka juga melaksanakan undang-undang kebangsaan dan persekutuan dan diberi kuasa polis yang penuh untuk mengelak jenayah. Mereka mungkin bersenjata atau tidak. Sebahagian mereka mendapat elaun untuk khidmat mereka.

Di United Kingdom, ia dikenali sebagai "Special Constabulary"; negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat menggelarnya "Security Police" yakni pegawai khas yang bekerja manakala di Malaysia unitnya dikenali "Sukarelawan Simpanan Polis" atau PVR.[1] Polis-polis ini biasanya akan ditempatkan di tempat keraian, perlawanan sukan, karnival, atau konsert di mana rusuhan atau kekacauan mungkin berlaku.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.