Polis EVO ialah siri filem aksi Malaysia cetusan idea Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini,[1] terbitan Astro Shaw.[2] Siri filem ini terdiri daripada 3 trilogi: Filem pertama diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, manakala filem kedua diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew, sementara filem ketiga yang kini dalam pembangunan, diarahkan oleh Syafiq Yusof. Shaheizy Sam[3] dan Zizan Razak[3] telah membintangi kesemua tiga filem. Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta.[4] Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2018, menjadi kejayaan dari segi kewangan apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM20 juta.[5]

Polis EVO
Pengarah
PenerbitJoel Soh
Penulis
  • Joel Soh (1-3)
  • Kyle Goonting (1-3)
  • Anwari Ashraf (1-3)
  • Adib Zaini (1)
  • Abhilash Chandra (3)
  • Bernice Low (3)
Dibintangi oleh
Muzik oleh
  • Luka Kuncevic (1-2)
Sinematografi
  • Harris Hue Abdullah (1)
  • Tan Teck Zee (2)
Disunting oleh
  • Nazim Shah (1-2)
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
  • 1: 17 September 2015
  • 2: 22 November 2018
Tempoh tayangan
262 minit (12)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 10.04
Pecah panggungRM 37.08

FilemSunting

Polis EVOSunting

Rencana utama: Polis EVO

Inspektor Khai, pegawai polis berpangkat Inspektor di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif akan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan perwatakan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail, mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.[6]

Polis EVO 2Sunting

Rencana utama: Polis EVO 2

Tiga tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau Cherong, Pahang. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.[7]

Polis EVO 3Sunting

Selepas kejayaan dua filem terdahulu, siri ketiga filem ini telah diumumkan pada September 2019, Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua. Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah menandatangani untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish dan Eyka Farhana.[8]

Tenaga kerjaSunting

PelakonSunting

Watak Filem
Polis EVO Polis EVO 2 Polis EVO 3
Inspektor Khai Shaheizy Sam
Inspektor Sani Zizan Razak
Anis Nora Danish Nora Danish
Yati Eyka Farhana Eyka Farhana
Maya Adli Mimi Ernida
ASP Mokhtar Harun Salim Bachik
Jimbo Pablo Amirul
Jemang Azliyuszaini Mohd Noor
Mat Yam Amerul Affendi
Sarjan Sofian Ungku Hariz
Adli Hashim Wan Hanafi Su
Penyelia Inspektor Khai A. Galak
Sarjan Rosalinda Tisha Shamsir
Rian Raline Shah
Zul Hairul Azreen
Sarjan Mat Dan Shafie Naswip
Hafsyam Jauhari/Saif Hasnul Rahmat
Qalif Soffi Jikan
SAC Azizat Erra Fazira
Sarjan Amin Riz Amin
Mikael Fir Rahman
Maarof Rusdi Ramli
Khalid Hairie Othman
Andre Amai Kamarudin
Agnes Jasper Supayah
Akan diumumkan Syafiq Kyle
Akan diumumkan Fauzi Nawawi
Akan diumumkan Farali Khan
Akan diumumkan Michael Ang
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

KruSunting

Kru Filem
Polis EVO Polis EVO 2 Polis EVO 3
Pengarah Ghaz Abu Bakar Joel Soh
Andre Chiew
Syafiq Yusof
Penerbit Joel Soh
Penulis Joel Soh
Kyle Goonting
Anwari Ashraf
Adib Zaini
Abhilash Chandra
Bernice Low
Sinematografi Haris Hue Abdullah Tan Teck Zee
Penyunting Nazim Shah
Syarikat penerbitan Astro Shaw
Tarikh keluaran 17 September 2015 22 November 2018
Tempoh masa 124 minit 138 minit

SambutanSunting

Kutipan pecah panggungSunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet Rujukan
Polis EVO 17 September 2015 RM 17.08 juta RM 2.4 juta [9]
Polis EVO 2 22 November 2018 RM 20 juta RM 8 juta [10]
Jumlah RM 37.08 RM 10.04 [11]

RujukanSunting

  1. ^ "Polis Evo cetusan idea luar biasa 4 pemuda generasi baru". Astro Awani. 23 September 2015. Dicapai 3 Disember 2015. 
  2. ^ Mohd. Haikal Isa (23 September 2015). "Aksi lasak Polis Evo". Kosmo! Online. Kosmo! Online. Dicapai 24 July 2016. 
  3. ^ a b "Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Dicapai 2015-09-24. 
  4. ^ Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai 24 September 2015. 
  5. ^ Mya Amri (11 Disember 2018). Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  6. ^ Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai 24 September 2015. 
  7. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2018). "'Polis Evo 2' lebih serius, cemerlang sebagai filem sekuel terbaik". mSTAR Online. Dicapai 5 Disember 2018. 
  8. ^ Amri Hassan (25 September 2019). "Polis EVO 3 bakal shoot tidak lama lagi" - Peminat teruja tunggu kemunculan Zizan dan Sam Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  9. ^ AR, Zurairi (24 Oktober 2015). "Apa istimewanya 'Polis Evo'? Pengkritik dedah ramuan kaut RM16j". The Malay Mail. 
  10. ^ "Polis Evo 2 raih lebih RM20 juta selepas 17 hari tayangan". Astro Awani. 11 Disember 2018. Dicapai 12 Disember 2018. 
  11. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2015". Finas.