Polis Pelancong Malaysia

Polis Pelancong ialah polis yang memberikan maklumat mengenai undang-undang, adat dan budaya masyarakat tempatan serta tempat-tempat yang menarik untuk dikunjung kepada para pelancong. Pakaian Polis Pelancong ialah seragam biru tua dengan topi lilitan berpetak putih. Lencana yang dipakai oleh mereka pada poket sebelah kiri pula tertulis lambang "i" yang merupakan kod antarabangsa yang bermaksud "informasi".[1]

Unit Polis Pelancong
Lencana unit Polis Pelancong
Aktif1985 - kini
Negara Malaysia
CawanganPolis Diraja Malaysia
PerananPenguatkuasa undang-undang
SaizSulit
PangkalanIbu Pejabat Polis Utama Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan Kontinjen Polis Negeri
Peringatan25 Mac (Ulangtahun Hari Polis),
31 Ogos (Hari Kemerdekaan Malaysia)
Komander
Ketua Polis NegaraTan Sri Abdul Hamid Bador

Unit Polis Pelancong di Malaysia telah ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diketuai oleh seorang komander yang berpangkat Penolong Penguasa Polis. Selain daripada tugas di atas, Polis Pelancong juga membantu mencegah jenayah.

Di Kuala Lumpur, terdapat empat pasukan yang melakukan rondaan setiap hari untuk mencegah sebarang kejadian jenayah di kalangan para pelancong dan masyarakat tempatan. Empat pasukan peronda itu ialah:

  • peronda berjalan kaki;
  • peronda bermotosikal;
  • pasukan kereta peronda; dan
  • pasukan kereta peronda wanita.

Pada tahun 2005, polis negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menubuhkan "Unit Polis Pelancong Berkuda" bagi mengawal keselamatan dan membantu pelancong yang melawat negeri ini.

Cogan kata polis ialah "Mesra, Cepat dan Betul". Oleh itu, pihak Polis Pelancong sentiasa berhubung rapat dengan agensi pelancongan, hotel, syarikat penerbangan, bas dan teksi untuk memberikan apa-apa sahaja maklumat yang diperlukan oleh pelancong.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting