Politeknik Ibrahim Sultan

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) adalah salah satu daripada politeknik di Malaysia (institusi kesembilan ditubuhkan).

Politeknik Ibrahim Sultan
MotoPeneraju Ilmu Sejagat
Pengarah terkiniTs. Noor Aidi binti Nadzri
Timbalan Pengarah (Akademik)Puan Hajah Suzanah Binti Hashim
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Suzanah bt Hashim
LokasiPasir Gudang, Johor
Laman webhttp://www.pis.edu.my

Politeknik yang mengkhususkan dalam pengajian teknikal, dengan jabatan yang berasingan untuk bahagian kejuruteraan seperti kejuruteraan mekanikal dan elektrik. Ia juga mempunyai jabatan bagi reka bentuk dan komunikasi visual, pelancongan dan hospitaliti, matematik, sains dan komputer, dan kajian umum.

Politeknik Ibrahim Sultan terletak di Pasir Gudang, salah satu bandar selatan di Johor.

Sejarah

sunting

Perancangan untuk politeknik bermula dalam Rancangan Malaysia ke-7 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Politeknik Ibrahim Sultan telah dibuka kepada pelajar pada bulan Julai 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Perancangan awal penubuhan Politeknik Ibrahim Sultan bermula pada tahun 1991, dengan usaha untuk mengenal pasti tapak yang sesuai dalam kawasan Johor Bahru. Pada bulan Julai 1998, Politeknik Ibrahim Sultan mula beroperasi di tapak seluas 100 ekar di Plentong , Johor Bahru, dengan kos projek sebanyak RM 155.520.000.

Untuk menjadi peneraju utama Technical & Vocational Education and Training (TVET) di Asia Pasifik pada tahun 2020.

Membangunkan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun kerjasama aktif di peringkat antarabangsa.

Menjadi Pusat Kecemerlangan Technical & Vocational Education and Training (TVET) di Asia Pasifik.

Mendapat pengiktirafan antarabangsa di peringkat institusi, kakitangan dan pelajar.

Meningkatkan peluang pekerjaan graduan dengan kadar 100 peratus dalam pasaran global.

Peneraju Ilmu Sejagat

Pautan luar

sunting