Politeknik Melaka (PMK) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota, Melaka (PKM). Tetapi tidak ramai mengetahui bahawa sebelum Politeknik Kota, Melaka,  ia dikenali sebagai Politeknik Merlimau Melaka. Ini berikutan perancangan terawal penubuhan Politeknik di Melaka hanyalah sebuah sahaja. Namun, sewaktu proses menunggu kampus di Merlimau siap dibina, dalam tempoh itu juga penempatan sementara Politeknik di Bangunan Plaza Pandan Malim, Balai Panjang Melaka telah di jadikan sebuah lagi Politeknik yang dinamakan Politeknik Kota, Melaka kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Bandar dan berada di dalam kawasan DUN Kota Melaka.

Politeknik Melaka
Ditubuhkan pada1 Januari 1999
Pengarah terkiniSr. Hj. Razali bin Johari
Timbalan Pengarah (Akademik)Pn Zeyana binti Abdullah
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Dr Azlan bin Muharam
LokasiMelaka
Nama lama politeknikPoliteknik Kota Melaka
Laman webhttps://polimelaka.mypolycc.edu.my/

Sejarah sunting

Selain Politeknik Merlimau Melaka, PKM (ketika itu) turut berkongsi urusan pentadbiran dengan Kolej Komuniti Bukit Beruang sebelum ia berpindah ke bangunan sendiri di Bukit Beruang, Melaka. Merupakan politeknik ke-11 di tubuhkan pada 1 Januari 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bangunan Politeknik Melaka terdiri daripada 25 unit rumah kedai yang dibeli (13) dan sewa (12) telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi. 

Pada peringkat permulaannya, Politeknik Melaka hanya menerima sekumpulan pelajar pertamanya sejumlah 197 orang pada bulan Julai 1999. Namun bilangan kemasukan ini meningkat dari setahun ke setahun. Ketika itu, PKM mengendalikan 4 kursus diperingkat SIJIL iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Sijil Kejuruteraan Awam, Sijil Pengajian Perniagaan, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.  Manakala, Sijil Penyimpanan Kira (SPK) telah di jalankan oleh Jabatan Perdagangan pada Sesi Januari 2004. 

Kini dibawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi , PMK telah mula menawarkan Program di peringkat DIPLOMA. Kumpulan pelajar pertama Sesi Julai 2009 dari Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditawarkan Program diperingkat Diploma dan pada sesi kemasukan berikutnya, PMK mula menerima pelajar Diploma, tiada program diperingkat sijil lagi ditawarkan untuk kemasukan ke Politeknik Melaka. Antara 5 pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik(kawalan), Diploma  Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Akauntansi.

Pada 4 Jun 2010, secara rasminya Politeknik Kota Melaka ditukar nama ke Politeknik Melaka.

Visi sunting

Menjadi Institusi TVET Premier Yang Diterajui Industri

Misi sunting

1. Melakasanakan Program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.

2. Membangunakan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan.

3. Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.

4.Mendapat pengiktirafanantarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET.

Motto sunting

Pengarah sunting

  • Sr. Hj. Razali Bin Johari - September 2020 hingga kini
  • Charim bin Ibrahim @ Berahim D.P.T - Disember 2018 hingga Ogos 2020
  • Tuan Hj Abd Aziz bin Abu Bakar D.S.M - 18 Jan 2016 hingga Disember 2018
  • Pn. Hajah Rashidah binti Mustapa - 8 November 2011 hingga 15 Jan 2016
  • En. Mohd Hatta bin Zainal - 18 Mei 2009 hingga 13 mei 2011
  • Tuan Hj Abd Aziz bin Abu Bakar D.S.M - 01 Disember 2007 hingga 15 Mei 2009
  • Dr Arshad bin Kassim - Januari 2004 hingga 30 November 2007
  • Sulong bin Yahaya - Januari1999 hingga Disember 2003.

Alamat sunting

Politeknik Melaka,
No. 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim,
75250 Melaka
Tel: 06-3376000 atau 06-3376001
Faks: 06-3376007

Rujukan sunting

Pautan luar sunting