Politeknik Sultan Azlan Shah

Politeknik Sultan Azlan Shah ( PSAS ; dahulunya dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim atau PTM ) ialah sebuah institut politeknik di Behrang, Perak, Malaysia . Ia telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada 1 Mac 2002 sebagai politeknik ke-15 di negara ini.

Politeknik Sultan Azlan Shah
JenisAwam
Ditubuhkan pada1 Mac 2002
PengasasMinistry of Education
PengarahPuan Hjh. Rusmina Ismail
Alamat
35950 Behrang Stesen, Perak, Malaysia
, , ,
AbbreviationPSAS
Laman sesawanghttp://www.psas.edu.my

Sejarah sunting

PSAS yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Tanjung Malim (PTM) adalah Politeknik ke 15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PTM mula beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Teknik, Slim River pada 1 Mac 2002. Pada 1 April 2003, PTM berpindah ke sendiri berkeluasan 110 ekar di Behrang, Perak. Kampus PTM dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur sesuai sebagai pusat pengajian tinggi. Kumpulan pelajar pertama seramai 553 orang telah mendaftar pada 6 Julai 2003.


          Pada 27 Mac 2004, PTM dengan rasminya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menawarkan 7 program sijil dan 8 program diploma pada ketika itu. Pada 7 Mei 2005, PTM telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan diberi nama baru, Politeknik Sultan Azlan Shah.


          Bermula Julai 2010, PSAS menumpukan kepada 14 Program Pengajian di peringkat Diploma dan 1 Program Pengajian di peringkat Diploma Lanjutan iaitu Diploma Lanjutan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan Automotif yang mula dikendalikan pada Julai 2010. Program ini adalah usahasama di antara pihak Proton Holdings Berhad bersama pihak Politeknik Sultan Azlan Shah yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL). Sehingga kini seramai 89 orang pelajar telah mendaftar dalam program pengajian tersebut dan bergraduat pada Majlis Konvokesyen yang ke 10. Program pengajian lain dikendalikan oleh 4 Jabatan utama di PSAS iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan, disokong oleh 2 jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer. Pihak pengurusan pentadbiran PSAS dibantu oleh 14 unit sokongan dan perkhidmatan.


          Selepas 13 tahun, PSAS mengorak langkah lebih jauh ke hadapan dengan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Automotif Pembuatan, tahun 2014 menyaksikan pilihan pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Automotif Pembuatan seramai 25 orang memulakan sesi pengajian di PSAS. Tahun 2015 juga mencatatkan sejarah dalam pencapaian PSAS apabila berjaya memperoleh Gold Award dalam siri audit APACC yang diadakan pada awal tahun 2015. Ini merupakan pencapaian antarabangsa yang pertama oleh PSAS dalam Pengurusan Institusi.

Kursus yang ditawarkan sunting

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma kejuruteraan Elektrik
  • Diploma kejuruteraan Elektronik
  • Diploma kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pemasaran
  • Diploma dalam Peruncitan
  • Diploma Pengajian Perniagaan

Rujukan sunting