Politik Afrika Selatan

Perlembagaan sunting

Sejurus selepas pilihan raya 1994, Afrika Selatan telah ditadbir di bawah perlembagaan sementara atau "interim constitution". Menurut perlembagaan ini, badan Constituent Assembly (CA) adalah bertanggungjawab untuk merangka dan meluluskan perlembagaan yang baru pada 9 Mei, 1996.

Perlembagaan Afrika Selatan yang kini telah diluluskan oleh Mahkamah Perlembagaan pada 4 Disember, 1996 dan ditandatangani oleh Presiden Mandela pada 10 Disember, 1996, dan berkuatkuasa pada 3 Februari , 1997; kini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Di bawah perlembagaan sementara sebuah kerajaan gabungan dipanggil Kerajaan Kesatuan Nasional atau Government of National Unity (GNU) telah ditubuhkan dan ia berkuatkuasa sehingga pilihan raya kebangsaan 1999. Kerajaan ini terdiri daripada tiga parti politik utama — Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Parti Kebangsaan (NP), dan Parti Kebebasan Inkatha (IFP). Pada 30 Jun, 1996 parti NP telah menarik diri dari GNU untuk menjadi parti pembangkang.

Cabang Eksekutif sunting

Di bawah perlembagaan, Presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden Thabo Mbeki telah dilantik oleh National Assembly pada 16 Jun 1999 dan Jacob Zuma adalah Naib Eksekutif Presiden. Pada 21 September 2008 Mbeki telah mengumumkan dengan rasminya perletakan jawatannya, sebagai hasil daripada keputusan Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Kongres Kebangsaan Afrika untuk tidak menyokongnya di parlimen. Kgalema Motlanthe telah dilantik sebagai pemangku Presiden sehingga pilihan raya presiden yang dijangka diadakan sekitar April tahun 2009.

Menteri-menteri Kabinet dilantik oleh Presiden. Di Afrika Selatan, Presiden tidak boleh menyandang jawatan ini selama lebih dua penggal atau 10 tahun (5 tahun setiap penggal). Afrika Selatan terdiri dari sembilan provinsi atau negeri dan setiap provinsi adalah diketuai oleh seorang Premier (bersamaan dengan Menteri Besar di Malaysia) dan Majlis Eksekutif. Sebahagian dari provinsi adalah diberi kapasiti untuk menubuhkan jabatan eksekutif sendiri untuk pentadbiran awam bagi provinsi masing-masing.

Cabang Legislatif sunting

Parlimen Afrika Selatan mempunyai sistem dwidewan iaitu terdiri dari Perhimpunan Kebangsaan atau "National Assembly" (400 kerusi; wakil rakyat dipilih melalui sistem pilihan raya perwakilan seimbang untuk berkhidmat selama 1 penggal) dan "National Council of Provinces" (90 kerusi, 10 ahli dipilih mewakili setiap penggubal undang-undang sembilan provinsi selama lima tahun). Separuh ahli National Assembly dipilih dari senarai parti kebangsaan dan selebihnya dari senarai parti setiap provinsi. Sebuah majlis dikenali sebagai National Council of Provinces telah menggantikan Dewan Senat selepas perlembagaan baru digubal pada 1997. Walaupun namanya berbeza, tiada perubahan ketara dari segi keahlian dan afiliasi parti. Hanya dari segi peranannya telah bertambah iaitu mempunyai kuasa khas untuk membela kepentingan provinsi masing-masing, termasuk melindungi budaya serta bahasa tradisi kaum minoriti etnik.

Pilihan Raya sunting

Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun. Pilihan raya bebas pertama telah diadakan pada 1994.

Cabang Kehakiman sunting

Cabang ketiga kerajaan pusat ialah sistem kehakiman yang bebas. Mahkamah Perlembagaan merupakan mahkamah tertinggi untuk mentafsirkan dan membuat keputusan perihal isu-isu yang berkaitan dengan perlembagaan negara, manakala Mahkamah Tinggi Rayuan adalah mahkamah tertinggi untuk perkara selain daripada perlembagaan. Sistem perundangannya ialah berdasarkan undang-undang Roman-Dutch dan juga British; disamping menerima keputusan ICJ secara bersyarat. Di negara ini juga terdapat undang-undang yang menjamin hak politik dan sosial rakyat Afrika Selatan.

Pautan luar sunting

http://www.llrx.com/features/southafrica.htm Diarkibkan 2008-06-17 di Wayback Machine