Politik Kedah 2008

Senario Politik di Kedah 2008 memang menarik kerana bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah bertanding - di Kubang Pasu. Barisan Nasional Kedah menguasai 31 kerusi DUN dan 14 parlimen. Pembangkang menang di 5 kerusi DUN iaitu Belantek, Sungai Limau, Tokai, Anak Bukit dan Bukit Pinang selain satu kerusi Parlimen iaitu Pendang.


Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar Kedah, pengerusi Barisan Nasional di Kedah bertanggungjawab mencadangkan nama-nama calon untuk bertanding dalam Pilihan raya umum ke-12. Sebelum ini Tun Daim Zainuddin bekas Menteri Kewangan Malaysia meramalkan negeri Kedah akan berhadapan dengan masalah politik.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain bersedia untuk bertanding sekali lagi di DUN Kubang Rotan, Kuala Kedah. Sedangkan beliau berhadapan dengan penyakit ahmar / peresis sejak 2006 sehingga memaksa beliau meletak jawatan Menteri Besar Kedah pada 22 Disember 2005.Syed Razak dilantik Menteri Besar Kedah menggantikan Tan Sri Sanusi Bin Junid pada 9 Disember 1999 . [1]

Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim yang menjadi bertanding di parlimen Baling menyatakan kesediaan untuk bertanding semula agar penggal kedua diberi kepadanya. Beliau selaku 'ustazah' berjaya menewaskan 'ustaz' dari PAS, Taib Azamudden Md Taib pada tahun 2004.

Datuk Abd Razak Hashim DUN (Guar Chempedak), Abu Hasan Sharif (Kota Siputeh), Datuk Beh Heng Siong (Gurun), Datuk Dr. Afiffuddin Omar (Kuala Nerang) dan Md Hasan Bulat (Ayer Hangat) telah lama berkhidmat sehingga 3-4 penggal. Datuk Beh Heng Siong yang merupakan pengerusi MCA Kedah sanggup mengundurkan diri.[2]

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersedia bertanding untuk penggal ke-2 di parlimen Merbok, Kedah. Parlimen Merbok merupakan kawasan lama Tun Daim Zainuddin. Zainuddin Maidin pernah menjadi ketua pengarang Kumpulan Utusan dan kemudian menjadi penasihat Utusan Publication. Banyak bku telah ditulis oleh Zainuddin Maidin. Wira Tidak Didendang telah dijadkan tajuk sebuah penerbitan RTM1. Beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok .

Datuk Azimi Daim merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan tokoh perniagaan sepatutnya diberi ruang. Ketrampilan beliau jelas nyata sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Modal Insan Kedah . Pada pilihan raya umum 2004, Azimi mengalahkan Yaakub Husain dari PAS setelah memperoleh majoriti sebanyak 3,878 undi.Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) menggantikan penyandang ketika itu, Datuk Osman Md Aji. Beliau disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kulim/Bandar Baharu menggantikan penyandang sedia ada, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.[3]

Ahli Parlimen Padang Terap ialah Datuk Paduka Ghazali Ibrahim.

Suraya Yaacob merupakan puteri UMNO yang menang di DUN Sungai Tiang. Shahanim Mohamed Yusoff yang menjadi ketua puteri juga difikirkan layak. Pada 31 Januari 2008, Suraya Yaakob dinobat sebagai Tokoh Belia Wanita 2007 peringkat Malaysia.

Di Kedah ada sekeluarga yang mendapat tempat di hati rakyat. Mereka ialah Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Bin Haji Sheikh Fadzir . Adiknya Datuk Abdul Aziz Syeikh Fadzir menjadi ADUN Kuala Ketil. Sebelum itu beliau merupakan orang kuat Pemuda UMNO Malaysia. Kenyataan-kenyataan beliau sering tersiar dalam surat khabar. Tetapi selepas memang DUN Kuala Ketil, tiada lagi khabar berita mengenainya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Haidar Ali Syed Fadzir pula telah meninggal dunia.

Bekas setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Abdul dilihat boleh merampas kerusi Pendang dari PAS. Beliau merupakan veteran UMNO yang pernah menang dan tewas di situ. Sungguhpun beliau berusia 57 tahun tetapi pengaruhnya diperlukan. Beliau menang pada tahun 1982. Tewas kepada PAS pada 1999. Apabila Datuk Fadzil Noor meninggal dunia dan pilihan raya kecil diadakan pada 2002 , Othman Abdul berjaya menewaskan calon PAS Dr Mohamad Hayati Othman dengan majoriti 283 undi. Tetapi pada pilihan raya umum 2004, Dr Mohamad Hayati menewaskan calon UMNO iaitu Rozai Shafian dengan majoriti 50 undi. [4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting