Politik Malaysia

(Dilencongkan dari Politik di Malaysia)

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Bangunan parlimen di Kuala Lumpur

Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. Tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyai mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, pengangkutan, dan hal-hal lain

Keadaan politik sunting

Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan Nasional.

Proses politik di Malaysia boleh digambarkan sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)" yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar"[1].

Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam, desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem politik— satu sistem yang berdasarkan kecemerlangan politik orang Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa autoriti pemerintahan orang Melayu.

Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembali berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.

Perdana menteri kini adalah Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Mahathir bin Mohamad pada 31 Oktober 2003. Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul." [2]

Mulai 2018, Barisan Nasional ialah pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Pakatan Harapan tidak dapat melengkapkan penggal pentadbiran sebagai kerajaan kerana desakan oleh para pemimpin terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat untuk Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Mahathir akhirnya meletakkan jawatan dan kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan ditumbangkan selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk sebuah lagi kerajaan campuran yang dinamakan, Kerajaan Perikatan Nasional.[3]

Kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hanya bertahan selama 17 bulan, 2 minggu dan 1 hari selepas 15 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bersama-sama dengan kesemua Ahli Parlimen pembangkang menyatakan kehilangan kepercayaan mereka terhadap Perdana Menteri.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fungston, John(2001), Malaysia: Developmental State Challenged, Institute of Southeast Asian Studies, pp. 160
  2. ^ - Krishnamoorthy, M. (11 Disember 2005). "Dr M: Berdirilah dan bersuara". The Star (Malaysia).
  3. ^ Runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan
  4. ^ UMNO tarik sokongan kepada PN, Tan Sri Muhyiddin

Bibliografi sunting

  • James Chin. Politics of Federal Intervention in Malaysia, with reference to Kelantan, Sarawak and Sabah, Journal of Commonwealth and Comparative Politics, Vol. 35, No 2 (July) 1997, pp 96–120
  • Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam. (2005). Introduction to Political Science. Singapore: Thomson Publication.
  • Ahmad Ibrahim, Tan Sri Datuk Seri. (1992). The Malaysian Legal System. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
  • ILBS. (2007). Federal Constitution of Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
  • Jeong Chun Hai @ Ibrahim & Nor Fadzlina Nawi. (2012). Principles of Public Administration: Malaysian Perspectives. Kuala Lumpur: Pearson Publishers.
  • Jeong Chun Hai @ Ibrahim. (2007). Fundamental of Development Administration. Selangor: Scholar Press.
  • Wan Arfah Hamzah & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian Legal System. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Pautan luar sunting