Politik masyarakat Cina Malaysia 2008

Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki kekayaan di mana juga di Malaysia.

Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik.

Parti politik yang majoritinya Cina ialah MCA dan Gerakan yang berada di dalam kerajaan dan membentuk polisi-polisi kerajaan. Sementara DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi . Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh MCA dan Gerakan akan diperjuangkan dari luar , DAP. Jadi MCA, Gerakan dan DAP saling lengkap melengkapi.

MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya , Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia , terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi Barisan Nasional kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu seperti Seremban dan Kajang. Pernah satu ketika bandar Seremban, Ipoh, Kuala Lumpur, Kepong, Jinjang dan lain-lain menjadi lubuk DAP . Tetapi prasarana tetap mencurah-curah di lubuk DAP ini.

Pilihan Raya 1969 sunting

Kaum Cina berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia jika pengundi Cina di Singapura berada dalam Malaysia. Kaum Cina hanya menunggu-nunggu masa untuk melihat kaum mereka mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat. Tetapi Tunku Abdul Rahman tidak mahu Rusuhan Natrah dan lain-lain berulang lagi lalu mengeluarkan Singapura yang baru dua tahun berada dalam Malaysia. Rejim Sukarno dan Suharto di Indonesia mengatasi masalah kebanjiran imigran Cina di Jawa dan Sumatera dengan pelbagai cara seperti menghantar mereka pulang ke China.

Lim Chong Eu yang keluar dari MCA yang lemah dan menubuhkan dan mengasaskan parti Gerakan. Kegagalan menguasai tampuk kerajaan persekutuan dicernakan melalui Dewan Undangan Negeri. Gerakan yang menjadi parti pembangkang telah melantik Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

DAP pula mendapat kemenangan besar di Perak dan Selangor . Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak mengambil tindakan drastik dengan mengeluarkan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor menjadi Wilayah Persekutuan. Ibu negeri Selangor yang baru telah ditetapkan di persimpangan Batu Tiga dengan nama Shah Alam. Pergeseran Melayu-Cina setelah Peristiwa 13 Mei juga dapat diredakan apabila ahli Parti Perikatan diperluaskan dan ditukar nama kepada Barisan Nasional . Gerakan , PAS dan lain -lain dijemput ke dalam Barisan Nasional dan DAP kekal di luar sebagai pembangkang. Orang Melayu kembali selesa apabila tampuk pemerintahan masih di tangan mereka.

Pilihan Raya 1986 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 , masyarakat Cina termakan dengan strategi dan dakyah pembangkang terutama sekali DAP - berhubung Presiden MCA , Tan Koon Swan yang dipenjarakan oleh mahkamah Singapura berikutan masalah Pan-El . Akibatnya MCA hanya mendapat 17 kerusi Parlimen berbanding 24 kerusi yang dimenangi oleh DAP. Akibatnya kekuatan politik MCA dalam kerajaan menjadi lemah. Ketika itu presiden MCA ialah Tan Koon Swan yang menjadi presiden MCA dari 1985-1986 yang menyaksikan keruntuhan Multi Purpose Holding Berhad, milik MCA . Malaysia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi sejak 1985 - 1987 dan kes Bank Bumiputera - BMF runtuh di Hong Kong.

DAP memainkan isu Universiti Merdeka dan pemimpin MCA seperti Lee Kim Sai terikut-ikut dengan rentak isu pendidikan ini.

Timbalan Presiden MCA , Datuk Seri Chan Kong Choy menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai faktor pengundi Cina lari dari MCA kepada DAP. Ketika itu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan Malaysia telah melantik guru-guru Cina yang tidak fasih berbahasa Cina dan tidak brsekolah di SRJK Cina untuk menjadi pengetua dan guru besar di sekolah -sekolah Cina. Pengundi Cina yang amat peka terhadap soal pendidikan membantah keras tindakan Kementerian Pendidikan ini kerana ia pada akhirnya akan menghapuskan kelangsungan bahasa dan kebudayaan Cina yang mahu dipertahankan. [1]

Walaupun wakil DAP ramai di parlimen pada ketika itu , tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Ketika itu penduduk Cina bergantung harap kepada Dong Jiau Zong dan Persatuan Perdidikan dan Persatuan pernizgaan Cina untuk membantu mereka. Kesan daripada sentimen yang dimainkan oleh DAP dan MCA , termasuk Dato Lee Kim Sai , kerajaan telah melaksanakan Operasi Lalang pada tahun 1987.

Di Pulau Pinang , walaupun Gerakan boleh berbangga dengan adanya bangunan Komtar tetapi sungai-sungai baik di pulau mahupun di Seberang Perai amatlah kotor. Sungai Juru menjadi contoh sungai terkotor di Malaysia pada ketika itu.

Jambatan Pulau Pinang siap pada September 1985 atas daya usaha Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan masalah demografi penduduk Pulau Pinang . Nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang semakin terpinggir dan bilangan mereka semakin mengecut di bahagian pulau.

Pilihan Raya 1990 sunting

Lim Chong Eu yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dijatuhkan oleh DAP pada 1990. Pergeseran antara MCA dan Gerakan semakin kuat. MCA menuntut lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dan mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diserahkan kepada MCA.

Pilihan Raya 1999 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang berhadapan dengan gelombang Reformasi 1998 akibat dari pemecatan Anwar Ibrahim, Barisan Nasional diselamatkan oleh pengundi Cina di Malaysia khususnya MCA dan Gerakan. Barisan Nasional terpaksa memugar strategi dengan mengembalikan tokoh-tokoh penting dalam Semangat 46 ke kawasannya . Antaranya ialah Tengku Razeleigh Hamzah, Rais Yatim, Zainal Abidin Zain dan lain-lain, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim ketika mendedahkan saham-saham kroni pemimpin -pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, MCA dan Gerakan amat berperanan menentukan untung nasib kerajaan Barisan Nasional. Lebih ramai wakil MCA dan Gerakanan menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 berbanding DAP. Malahan beberapa pemimpin DAP tumbang di Pulau Pinang. 'Libasan' masyarakat Cina cukup mengejutkan ramai pihak. Jika tidak , Barisan Nasional mungkin tidak dapat majoriti 2/3 di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pengundi tidak dapat menerima tindakan DAP yang bekerjasama dengan Keadilan dan PAS. Ketika DAP tumbang di Pulau Pinang, sebaliknya PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu pula. Kerajaan PBS juga menyertai Barisan Nasional dan sanggup melupakan Tuntutan 20 Sabah yang mereka tuntut dan ugut dari kerajaan persekutuan.

Selepas 1999, MCA berjaya mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk 2300 pelajar Cina melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan dan ke luar negara.

Corak pengundian dalam PRU 2008 sunting

Tidak bertanding sunting

Beberapa pemimpin Cina berhadapan dengan masalah seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Chan Kong Choy. Tan Sri Lim Ah Lek tidak lagi bertanding di Pahang ekoran pergeseran dengan Presiden MCA tahun 2003, Tun Ling Liong Sik. Chua Jui Meng selaku Menteri Kesihatan juga bermasalah dengan Ling Leong Sik dan barisan pemimpin MCA yang lain.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy selaku Timbalan Presiden MCA dan penyandang kerusi Parlimen Selayang mengejutkan ramai pihak kerana enggan bertanding dalam pilihan raya. DAP dan Anwar Ibrahim cuba mengaitkan Chan Kong Choy ini dengan isu Pelabuhan Kelang Utara( Northport).

Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Datuk Seri Lim Keng Yaik tidak lagi bertanding di Beruas, Perak kerana beliau telahpun menyerahkan jawatan Presiden Gerakan kepada timbalannya Tan Sri koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon tidak lagi bertanding DUN Kebun Bunga di Pulau Pinang. Sebaliknya beliau bertanding di parlimen Batu Kawan, Seberang Perai,Pulau Pinang. Dengan ini beliau akan menjadi menteri kabinet di Putrajaya dan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin diserahkan kepada wakil rakyat Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang sunting

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menamakan 3 tokoh pemimpin pilihan Gerakan yang bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang . Jika nama Ketua Menteri diumumkan, ada kemungkinan tokoh ini dikalahkan untuk memalukan Barisan Nasional dan Gerakan. Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Chong Eu pernah ditewaskan oleh Lim Kit Siang dari DAP pada tahun 1990. Namun Dr Teng Hock Nan lebih sesuai menjadi Ketua Menteri kerana latar belakang pendidikan dan sejarah perkhidmatan beliau selama ini. Jika ini berlaku, pengundi Melayu Pulau Pinang akan memendam rasa sekali lagi. Walaupun Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dari Pulau Pinang tetapi hasrat ini tidak dapat direalisasikan juga . Dalam hal ini sistem kuota dan kelebihan kerusi Melayu tidak terpakai lagi.

Jika jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diserahkan kepada orang Melayu, dalam pilihan raya yang lain, pengundi Cina akan mengundi DAP pula . Situasi politik Pulau Pinang akan lebih berkecamuk kerana ketegangan Melayu-Cina akan memuncak dan boleh mencetuskan sengketa.

Anak ambil alih kepimpinan sunting

Anak-anak tokoh MCA dan Gerakan berminat menyambung karier bapa mereka dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 kali ini. Anak bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Ling Hee Leong (Gopeng), anak bekas presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, Lim Si Pin (Batu), dan anak bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Labis). Anak penasihat parti DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng pindah dari Melaka ke parlimen Bagan di Pulau Pinang. Isteri Lim Guan Eng masih kekal di Melaka dan dijangka menang lagi kali ini.

Majoriti 2/3 dan UMNO sunting

Strategi DAP lebih berlembut iaitu hanya mahu mengurangkan majoriti 2/3 yang diperolehi Barisan Nasional selama ini. DAP mahu ada pemantau dari pembangkang terhadap setiap tindak-tanduk Barisan Nasional khususnya UMNO. Banyak pihak menyalahkan UMNO kerana terlalu diberi kuasa sehingga berleluasa. MCA dan Gerakan dituduh sebagai pak angguk kepada pemimpin UMNO. Apatah lagi kawasan yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kawasan UMNO sebenarnya.

Jawatan Menteri sunting

Menteri dari kalangan MCA dan Gerakan terhad kepada Menteri Pengangkutan, Menteri Kesihatan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tun Tan Siew Sin dari MCA pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Ketika UMN0 diharamkan pada tahun 1987 yang mana Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO ketika itu, beliau terpaksa menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ling Liong Sik. Dari segi sejarah simboliknya, kaum Cina pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia[2] - walaupun sekejap sahaja . Brgitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang diserahkan kepada Gerakan. MCA juga menuntut agar tokoh dari MCA menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Chong Eu asalnya adalah presiden MCA sehinggalah tahun 1969.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting, yang juga Presiden MCA, akan berpindah kerusi dari Parlimen Tanjung Piai ke Kulai, Johor. Dalam kebanyakan kes, persempadanan semula kawasan pilihan raya memberi keuntungan kepada MCA dan Gerakan . Biasanya pengundi Melayu tidak akan mengundi DAP yang pro-Cina berbanding MCA dan Gerakan. Pengundi India pula setia dengan Barisan Nasional sejak merdeka lagi.

Pengundi Cina terpaksa memilih antara suara dalam Dewan Rakyat atau kuasa dalam Kabinet. Jika calon MCA dan Gerakan kalah , maka bilangan menteri kabinet, timbalan dan setiausaha parlimen dari kalangan MCA dan Gerakan akan berkurang. Sebaliknya suara pengundi akan lebih lantang melalui suara DAP. Tetapi DAP tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ada kuasa.

Pendidikan Cina sunting

Isu pendidikan tidak lagi dapat dimainkan oleh DAP . Sejak 2005, bahasa Cina tetap menjadi bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matermatik di sekolah rendah. Jadi bahasa Cina tetap penting dan unggul di sekolah rendah.

Universiti Merdeka dan Kolej Tunku Abdul Rahman tidak lagi menjadi isu kerana IPTA dan IPTS di Malaysia tumbuh bagai cendawan selepas hujan - menawarkan peluang pendidikan lebih baik dan murah berbanding dengan menghantar anak mereka ke luar negara. Universiti Tunku abdul Rahman sebuah universiti milik MCA akan dibina di Kampar, Perak. Pada 2002 , UTAR telah mengambil 411 pelajar di kampus Petaling Jaya.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga berikrar SRJK Cina tidak akan ditutup walaupun kekurangan murid. Sekolah Wawasan yang cuba membhuat intergrasi antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan tidak lagi menjadi agenda utama. Sebaliknya Noh Omar cuba memperkasakan program RIMUP bagi mengatasi masalah perpaduan nasional.

Rujukan sunting