Polivinil asetat (Bahasa Inggeris: Polyvinyl acetate, PVA atau PVAc) adalah suatu polimer sintetik. Polivinil asetat dibuat daripada monomer vinil asetat (vinyl acetate monomer, VAM). Sebatian ini ditemui di Jerman oleh Dr. Flitz Klatte pada 1912. Hidrolisis sempurna atau sebahagian dari sebatian ini akan menghasilkan polivinil alkohol (PVOH). Nisbah hasil hidrolisis ini berkisar antara 87% - 99%.

Rumus kimia polivinil asetat

PVA dijual dalam bentuk emulsi dalam air, sebagai bahan pelekat untuk bahan-bahan khususnya kayu. PVA adalah gam kayu yang paling sering digunakan, baik sebagai "gam putih" atau "gam tukang kayu" (gam kuning). "Gam kuning" tersebut juga digunakan secara luas untuk mengegam bahan-bahan lain seperti kertas, kain, dan rokok. PVA juga umum dipakai dalam percetakan buku kerana keanjalannya dan tidak bersifat asid seperti banyak polimer lain.

PVA juga sering dijadikan kopolimer bersama akrilat (yang lebih mahal), digunakan pada kertas dan cat. Kopolimer ini disebut vinil akrilat. PVA juga boleh digunakan untuk melindungi keju dari kulat dan kelembapan. PVA bertindak balas perlahan dengan bes membentuk asid asetat sebagai hasil hidrolisis. Sebatian boron seperti asid borat atau boraks akan terbentuk sebagai mendapan.