Pontianak Gua Musang
Pontianak Gua Musang merupakan sebuah filem Melayu genre seram yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1964. Filem Pontianak Gua Musang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pontianak Gua Musang | |
---|---|
Pengarah | B.N. Rao |
Dihasilkan oleh | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
Dibintangi | Suraya Harun, Mat Sentol, Wahid Satay |
Sinematografi | Hitam-putih |
Diedarkan oleh | Cathay-Keris Film Productions |
Tarikh tayangan | 1964 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Pontianak Gua Musang diarah oleh pengarah B.N. Rao pada 1964.
RingkasanSunting
Rohani dan Halimah adalah saudara sepupu yang mencintai dengan lelaki yang sama, Amran, yang akhirnya memilih untuk bersama Rohani.
Kerana sifat cemburu, Halimah merancang untuk membunuh Rohani yang sarat mengandung dan akhirnya mati setelah melahirkan seorang bayi perempuan.
Bayi itu, Chomel, membesar dengan memiliki raut wajah yang mirip dengan ibunya. Ini menyebabkan Halimah mempercayai bahawa Chomel adalah jelmaan dari Rohani yang ingin membalas dendam.
Berdasarkan cerita dongeng dari Asia Tenggara, Pontianak adalah jelmaan hantu dari perempuan yang mati beranak. Hantu ini boleh menyerupai perempuan cantik yang memikat mangsanya sebelum bertukar menjadi mahluk seram dan membunuh mereka.
PelakonSunting
- Suraya Harun - Rohani / Chomel
- Malik Selamat - Amran
- Ghazali Sumantri - Nordin
- Ummi Kalthoum - Halimah
- Wahid Satay - Ali
- Alias Congo - Tolol
- Mat Sentol - Mydin
- Siput Sarawak - Rafeah
- Siti Tg. Perak - Ani
- Yem Ja’afar - Tok Penghulu
- Dolah Sarawak - Orang Tua
- Chinta Yem - Nenek Tua
LaguSunting
Pautan luarSunting
- Pontianak Gua Musang[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia
- Pontianak Gua Musang Diarkibkan 2016-05-18 di Wayback Machine di Filem Kita