Pop (album Bunkface)


POP ialah album studio keempat oleh kumpulan rock Malaysia, Bunkface, dikeluarkan pada 22 Mac 2019.[1] Ia amat berbeza dengan tiga album sebelumnya dan menjadi percubaan berani mereka untuk tampil dengan konsep yang lari daripada identiti asal Bunkface. Ia merupakan album pertama Bunkface dalam tempoh 5 tahun sejak Malam Ini Kita Punya (2014).

POP
Album studio oleh
Dilancarkan pada22 Mac 2019
Dirakamkan pada2017-2019
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreRock punk
BahasaBerbilang bahasa, Bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatBunkface Productions
Kronologi Bunkface
Bunkface X
(2016)
POP
(2019)
Single daripada POP
  1. "Shiver"
    Dikeluarkan: 2018
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keluaran dan sambutan sunting

Pop dikeluarkan pada 22 Mac 2019 dan didatangkan dengan 2 jenis bungkusan yang berbeza, memberikan kelainan yang unik untuk peminat mereka. Ia menjadi kegagalan komersial berbanding tiga album terdahulu.[2] Menurut mereka: "Nampaknya apabila kami cuba menongkah arus, ia kurang mendapat sambutan. Ikutkan, lagu yang dimuatkan dalam album Pop seperti "Kembali", "Setiap Malam Aku Bersamamu" dan beberapa lagi sudah dilancarkan tahun lalu. Mungkin disebabkan ia tidak sama dengan konsep Malam Ini Kita Punya maka peminat kurang berminat,".[3]

Untuk mempromosikan album ini, Bunkface mengadakan sesi jelajah ke kampus-kampus di seluruh tanah air bagi meraikan peminat-peminat mereka. Sesi jelajah bermula pada 29 Mac 2019 bertempat di UiTM Puncak Alam. Ia juga menjadi kelainan dari sesi jelajah yang lain kerana Bunkface akan berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang mereka bergelar artis rakaman kepada para pelajar.[4]

Senarai runut sunting

No.TajukMasa
1."Put On Ma Face"2:47
2."Apa Pun Tak Boleh" (ft. Jeffrydin dan Caprice) 3:32
3."Shiver"3:04
4."Setiap Malam Aku Bersamamu"3:32
5."Kembalii"3:07
6."Dance With Me" (ft. Shila Amzah) 3:28
7."Takdir Kita"3:18
8."We're Gonna Be Alright"3:26


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 22 Mac 2019 Muat turun digital[5]
Penstriman digital[6]
Bunkface Productions

Rujukan sunting

  1. ^ Bunkface tidak lakukan gimik murahan Kosmo! (16 Mac 2019). Dicapai pada 16 Mac 2019.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (25 Mac 2019). 'Kami tak kecewa': Bunkface Harian Metro. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  3. ^ Budiey (30 Mac 2019). Bunkface Tak Kecewa Album POP Kurang Sambutan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Mac 2019.
  4. ^ Budiey (26 Mac 2019). Bunkface Lancar Album POP & Pop Campus Tour 2019 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Mac 2019.
  5. ^ "Pop by Bunkface". iTunes Store (MY). Apple. 22 Mac 2019. Dicapai pada 22 Mac 2019.
  6. ^ "Pop, album by Bunkface". Spotify. 22 Mac 2019. Dicapai pada 22 Mac 2019.