Pop Kuiz
Pop Kuiz ialah rancangan permainan hiburan interaktif Malaysia yang disiarkan di TV3.[1][2] Ia disiarkan dari 1992 sehingga 2005 dan telah bersiaran sebanyak 20 musim. Rancangan ini memberikan maklumat mengenai dunia hiburan tanah air dan antarabangsa, penonton di studio dapat melihat telatah selebriti kesayangan serta berhibur dengan persembahan mereka. Aznil Nawawi dan Rina Khan ialah pengacara asal rancangan ini dan dihoskan oleh pelbagai selebriti popular seperti Amy Mastura, Maya Matahari, Benjy dan Intan Suraya untuk musim berikutnya. Ia telah memenangi "Highly Commended Programme" di Asian Television Awards 1996. Siri ini membuat kemunculan semulanya di TV3 pada 2009, dihoskan oleh Aidid Marcello dan Yatt Hamzah.[3][4]
Pop Kuiz | |
---|---|
Genre | Hiburan |
Lagu pembukaan | "Pop Kuiz" |
Lagu penutup | "Pop Kuiz" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 20–30 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i (NTSC) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 1992 – 2005 |
Sejarah rancangan
suntingPop Kuiz ialah rancangan permainan hiburan memberikan maklumat mengenai dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, penonton di studio juga dapat melihat telatah selebriti kesayangan serta berhibur dengan persembahan mereka.[5][6][7] Rancangan ini dihoskan oleh penyampai berita TV3 ketika itu, Aznil Nawawi (sehingga 1999) dan penyanyi, Rina Khan (sehingga 1996). Nik Ramzi Nik Hassan berkhidmat sebagai penerbit untuk 6 musim.[8] Bermula musim 7, Azizah Mohamed menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.[9]
Edisi khas Aidilfitri rancangan ini, Pop Kuiz Aidilfitri dirakamkan di Studio D, TV3 dan diterbitkan oleh Nik Ramzi Nik Hassan. Penyanyi, Ramlah Ram dijemput untuk menjayakan segmen Kenal Artis.[10] Bermula Februari 1993, Pop Kuiz ditukar waktu siaran dari Sabtu kepada Selasa,[11] namun waktu siarannya ditukar kepada Ahad bermula 6 Jun.[12] Rakaman rancangan ini dilakukan di luar studio bermula pada November 1993.[13] Pop Kuiz dijenamakan semula pada 1996 sebagai Pop Kuiz Generasi Baru yang mana konsepnya berlainan daripada musim terdahulu.[14]
Pop Kuiz menyiarkan musim terakhirnya pada 2005. Pada tahun 2009, ia diperkenalkan semula dengan format baharu. Aidid Marcello dan Yatt Hamzah berkhidmat sebagai pengacara.[3]
Kritikan
suntingPop Kuiz turut mengundang kritikan apabila Zainuri Misfar, yang menulis untuk akhbar Berita Harian mengatakan bahawa gelagat Aznil dalam episod yang disiarkan pada 21 April 1993, disifatkan mengada-ngada.[15] Menurutnya: "Sebagai seorang pembaca berita, dia sepatutnya dapat memberi persembahan yang lebih menarik daripada Rina Khan yang cuma seorang penyanyi". Kenyataan beliau turut disokong oleh rakan penulis, Mohd Azahar.[16] Aznil dilaporkan berkata beliau sedia mengubah cara persembahannya jika penonton dan peminat mahukan beliau berbuat demikian.[17]
Pengacara
suntingSiri asal
sunting- Aznil Nawawi[18]
- Rina Khan[19]
- Amy Mastura
- Maya Matahari[20]
- Benjy
- Intan Suraya
- Dang Suria Zainuddin
Siri baru
sunting- Aidid Marcello
- Yatt Hamzah
Anugerah
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1996 | Asian Television Awards 1996 | Highly Commended Programme | Pop Kuiz | Menang |
Rujukan
sunting- ^ Mokhtar Alias (10 Oktober 1992). "Pop Kuiz rancangan baru di TV3". Berita Harian. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ G. Shanti (18 September 1992). "New game show on TV3 in the pipeline" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ a b "Konsep program Pop Kuiz dikemaskan lagi". mStar Online. 3 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Januari 2015.
- ^ Shaffique Ahmad Zehnun (12 Julai 2009). "TV3 kembali siar Pop Kuiz". Berita Minggu. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Zainuri Misfar (1 November 1992). "Sejenak bersama Pop Kuiz". Berita Minggu. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ "Quiz on local and foreign artistes" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 9 Oktober 1992. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Francisca Voo (10 Oktober 1992). "Jazzy snazzy pop quiz" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (9 April 1993). "More zest to game show" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Choo Li Lean (4 Ogos 1994). "Pop Kuiz makin matang". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Adam Salleh (26 Januari 1993). "Pop Kuiz Aidilfitri siap". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Azman Samsudin (23 Januari 1993). "Pop Kuiz ubah waktu siaran bulan depan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ "TV3 ubah jadual siaran Pop Kuiz". Berita Minggu. 23 Mei 1993. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ "Bentuk terbaru Pop Kuiz". Harian Metro. 3 November 1993. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Zamani Yusof (22 Mei 1996). "Pop Kuiz Generasi Baru menghiburkan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2009.
- ^ Zainuri Misfar (22 April 1993). "Gelagat Aznil mengada-ngada". Berita Harian. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Mohd Azahar (29 April 1993). "Pendapat Zainuri Misfar disokong". Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2021.
- ^ Zulkefli Ali (23 April 1993). "Aznil sedia ubah gaya persembahan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ "Aznil utamakan Pop Kuiz". Harian Metro. 1 Oktober 1998. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Rozila Saibi (29 September 1993). "Rina lebih menonjol sebagai pengacara". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (28 Mei 1998). "Maya seronok jadi pengacara". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.