Popadom atau papadum ialah sejenis keropok nipis dan rangup yang berasal dari India. Popadom biasanya dihidangkan sebagai tambahan sajian di India dan Pakistan, di samping juga dijadikan pembuka selera atau snek yang boleh dicelup dengan bawang hiris, catni, perencah dan sebagainya.

Popadom.

Di sesetengah tempat di India, popadom mentah (kering tetapi tidak dipanggang) digunakan dalam penyediaan masakan kari dan sayuran. Popadom ada pelbagai saiznya, yang kecil boleh dimakan sebagai kerepek snek sementara yang besar boleh dijadikan pembalut makanan.

Perkataan "popadom" berasal dari bahasa Tamil iaitu pappaṭām (பப்படம்).[1]

Nama-nama lain
papad pappad pappard pappadom
pappadum popadam pompadum poppadam
poppadom appadum appalum appala
appoll papari pamporo

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "poppadom, n." OED Online. December 2006. Oxford University Press. <http://dictionary.oed.com/cgi/entry/50184072>.

Pautan luar sunting